Apa khabar semua..? Moga semua baik-baik aja.. Ermm hari ni nak share satu resepi laa. Yelah cuti sekolah kan dah nak dekat. Anak-anak bila dok rumah je sure nak mengunyah macam-macam kan. Hari ni Mommy nak share Resepi Puding Custard Berkuah Mealshake. Haa nak jugak Mealshake tu kan. Ye lah. Kene laa bagi anak-anak makanan yang berkhasiat kan.
Puding custard berkuah ni sure menjadi kesukaan anak-anak. Bukan kata anak-anak je suka Puding Custard berkuah ni.. Mak budak pun layannnn. Meh tengok resepi Puding Castard Berkuah Mealshake versi saya. 🙂
Puding Custard berkuah ni amatlah mudah membuatnya. Jom Cek bahan-bahannya :
Makan tengah-tengah Panas Syokk Wooo..!

Bahan-bahan Untuk Puding Castard

1 Cawan Tepung Castard (I suka guna jenama Bird ‘s Castard)
5 Cawan Air
2 Sudu Besar Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Garam
Part nie kena banyak bersabar..! Phewww

Bahan-Bahan Untuk Kuah

1 Tin Susu Cair (Susu Ideal Pilihan Saya)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Cawan Air
2 Sudu Besar Mealshake
1 Tin Cocktail

Cara Membuat Puding

  • Masukan Tepung Castard, Air, Susu pekat dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga adunan sebati 
  • Kemudian panaskan atas kuali. Chop…! Jangan kacau tepung+air terus atas api tau. Nanti dia bergentel-gentel dan tak cantik teksturnya.
  • Kacau Sehingga pekat likat dan berkilat.. hahahaha. Agak-agak dah pekat n ringan semasa mengaul tu dah boleh tutup api.
  • Masukan dalam acuan mengikut citarasa anak. Hahahaha. Then sejukan di dalam peti ais.
Milkyyy..!

Cara Membuat Kuah

  • Campurkan Susu Cair, Susu Pekat dan air.
  • Didihkan di atas api sehingga mendidih. 
  • Tunggu sejuk kemudian masukan dua sudu besar Mealshake kacau sehingga sebati. Kemudian Sejukan di dalam Peti Sejuk.
  • Hidangkan Puding bersama kuah dan cocktail. Saya tak masukan sekali air Coaktail tu kerana ia akan merubah rasa kuah tersebut. Tak fresh. Hahahaha
Adam yang beli sendiri bekas ni…!
Serius sedap uols tak rugi mencuba..! Selamat mencuba.. 🙂 Oh ye kalau tak tahu bagaimana nak dapatkan Mealshake boleh klik di bawah ini 🙂 Selain anak-anak happy mereka turut mendapat sesuatu yang berkhasiat
 MealShake

Comments (4)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge