Huh.. Nampak tak.. Orang lain ade blog.. dia sibuk gak nak ade blog.. Orang makeover blog dia pun nak jugak..! Tapi blog jadi perhiasan.. hahahahah.. Ni bangun update sebab mak i marah dah.. Padan muka kena marah..! (Mak marah sebab sayang).
Ermm alhamdulillah.., 28hb September hari tu genap usia Khaulah 8 bulan.. Khaulah..? Siapa Khaulah.. haa see.., nampak tak.. Cerita pasal Khaulah pun tak de dalam blog ni..! Zalim tau mama.. dah 8 bulan baru nak kenalkan saya kat sini.. Khaulah adalah anak perempuan tunggal saya. Alhamdulillah akhirnya doa kami Allah dengar dan makbulkan. Satu harta yang tiada galang ganti.. Moga amanah yang Allah pinjamkan ini kami didik dengan penuh sempurna.. Menjadi Quratun ayun buat mama dan papa. Amen.
Saya lah Cahaya Khaulah Az Zahra (Khaulah bukan KAULAH tau)
Alhamdulillah.., Khaulah hadir di saat mama n papa dua-dua dah jadi suri dan sura rumah.. Hahahaha.. So boleh dikatakan 100% perhatian untuk dia sahaja.. Overkan.. Tu pasal laa manja lain macam..
Dan tentunya yang paling best.. proses menyusukan Khaulah sangat mudah.. yelah dah suri rumah kan.. tak de isu tak cukup susu.. Kalut nak pum dan segalanya.. 100% direct feeeding.., dan mama pun tak yah laa nak bangun tengah malam, or kalut pagi-pagi macam dahulu kalau semata mata untuk pum susu bagi memastikan stok baby cukup..! Sekali lagi syukur..
Tapi panas tak sampai ke petang rupanya.. tengahari dah pun hujan.. tiba-tiba saya terpaksa outstation, terbang nun jauh ke US dan Khaulah yang berkepit 24jam terpaksa ditinggalkan.. Haa tu dia..! Cuak dah.. Maka episod mengepam susu bermula.. Tapi biasalaa kan.. sikap bertangguh tetap ada.. nanti la buat stok nanti laa buat stok..! Maka bila tiba detik itu.., stok susu yang saya tinggalkan ngam ngam mengikut percaturan berani mati..
Stok susu Khaulah in de Making
Bayangkan ye.. selamani anak dara ni dok menyusu direct.. Tiba-tiba menyusu botol.. So saya pun main agak-agak ikut kiraan sendiri.. Rasa cukup n banyak dah tu.. Tapi memang banyak pun.. Maka saya dengan suka hatinya terbang nun jauh ke US..! Hari pertama kedua semua cantik sahaja.. Masuk hari ketiga dan keempat.. Helper saya dah makin panik..
Kakak, susu Khaulah makin sikit. Dia minum lebih 6 botol sehari (lebih 36oz) Haa sudah.. untuk berikan susu formula saya memang belum cukup bersedia.. lagi laa masa tu usia beliau baru masuk 7bulan lebih kurang..! Oh no.., doa n terus berdoa.., PM kawan-kawan mengharapkan ada yang sudi membantu.. Alhamdulillah kakak angkat yang tersayang temukan saya dengan seorang insan mulia.. Puan Azalilah Shaari.. seorang Ahli farmasi yang hebat.. Beliau juga merupakan salah seorang ibu susu tegar.. ehehehe..!
Time tu, Ibu susuan Khaulah ni masih dalam pantang lagi.., saya sangat-sangat tersentuh dan terharu atas jasa baik beliau.. Alhamdulillah susu yang beliau berikan tak ternilai dengan wang ringgit.. Serius bila kakak ipar saya tunjuk kan gambar susu tu terus menitik air mata.. Moga Allah jua yang mampu membalasnya..
Sebahagian dari stok ibu susuan Khaulah untuknya
Alhamdulillah.. nampak tak.. kita hanya merancang.. Allah penentu segala..! Walaupun selamani saya bekerja.., saya mampu untuk menyusukan ketiga tiga hero saya sehingga dua tahun. Akan tetapi berbeza dengan Khaulah.. walaupun saya telah tidak bekerja tapi beliau terpaksa menyusu dari ibu susuannya. Maka bersyukurlah dalam apa jua situasi dan keadaan.. Saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah..
Khaulah bersama ibu susuan nya Puan Azalilah Shaari
Meh nak share sedikit info mengenai ibu susuan. Bagaimana seseorang itu layak digelar anak susuan.

Apabila
seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang
mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu
menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun
tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;


1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala’; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun
hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah
berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; “Diharamkan kerana penyusuan sama seperti
orang-orang yang diharamkan kerana Nasab” (HR Imam al-Bukhari dan
Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Kerana itu, suami si ibu susuan adalah bapanya
(yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami si ibu susuan pula adalah neneknya. Kakak
suami ibu susuan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami ibu susuan adalah
saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram
kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan
haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama
seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Oklah.. sampai di sini dulu ye.. InsyaAllah nantikan come back saya..! Semakin teruja untuk berkongsi tentang tips penyusuan si kecil. Jom sama-sama kita menjayakan proses penyusuan untuk simanja..! Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda..! Wallahualam.. 🙂
Salam Sayang
Mommy Zura

Comments (5)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge