0
Makanan tambah susu?. Bila berjuang untuk menyusukan bayi ni. Soalan yang sering berlegar dalam fikiran Ibu ialah apa makanan yang boleh diambil untuk tambah susu. 

Banyak sebenarnya makanan yang ibu boleh ambil untuk bantu tambah susu. Hari ni akak nak share tentang makanan yang boleh ibu jadikan sebagai “milk booster”.

Jantung Pisang

Ada ibu yang mengamalkan makan jantung pisang untuk menambah susu. Sedap dicelur cicah dengan sambal belacan. Ramai ibu-ibu percaya yang jantung pisang dapat bantu mereka tambah susu badan.

Lobak Putih

Lobak putih juga dipercayai sangat-sangat membantu ibu menyusu dalam proses menambah susu. Ada ibu yang suka buat sup sayur, ada juga yang minum jadikan jus. Kikis lobak putih dan parut, campur dengan segelas air panas, biarkan suam dan minum dua kali sehari.

Kurma

"Kurma antara milk booster akak."
Syoknya kurma ni boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dalam minuman dan makanan. Kurma mengandungi kalsium dan zat besi yang tinggi. Kurma ni kalau buat jus pun sedap sebenarnya. Campurkan 5 biji kurma yang dibuang kulit dan bijinya serta blend bersama susu segar. Akak campur ESP Shaklee. Sedap bak hang.

Halba Dan Jintan

Halba dan jintan antara herba yang dipercayai dapat bantu tambah susu. Halba ni banyak kelebihannya, ada yang ambil halba untuk bantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai “galactagogue” (agen pengeluaran susu) dan diamalkan oleh ibu menyusu untuk menambah susu. Kajian membuktikan halba memangkin pada pengeluaran susu ibu dan pengambilan halba dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan agak banyak.

Ulam Ulaman

Orang-orang tua percaya dengan mengamalkan memakan ulam selain membantu awet muda dapat juga meransang proses penghasilan susu. Antara ulam yang menjadi pilihan adalah seperti cekur manis, peria, ulam raja, pegaga, daun betik dan turi.

Bawang PutihBawang putih dipercayai mengandungi sulfur yang banyak. Ianya sangat bagus untuk sendi dan dapat membantu penghasilan susu ibu.

Daun Kucai

Daun kucai juga antara pengalak susu. Sangat sedap kalau digoreng bersama taugeh. Cuma ada Mommy yang alah dengan taugeh dikhuatiri angin pada badan.

Oat Dan Barli

Oat dan barli juga dapat membantu hasilkan susu badan. Oat boleh dijadikan biskut, bubur, salutan pada makanan dan sebagainya. Barli pula boleh direbus dengan gula batu dan dijadikan minuman seharian.

Soya

Air soya dan produk yang dihasilkan dari soya seperti tauhu, tempe, dan taufufa dipercayai dapat membantu memekatkan susu. Soya pilihan akak tentunya ESP dari Shaklee salah satu produk yang diyakini selamat dan non gmo. Baby yang ibunya minum ESP biasanya akan menyusu dengan lebih berselera tau.

Longan Kering Dan Kurma Cina

Ini kesukaan akak, longgan kering dan kurma cina yang direbus dengan sedikit gula memang antara milk bosster yang membantu akak dalam menjayakan misi penyusuan sebelum bertemu Shaklee dahulu. Longan kering dan kurma cina ini boleh didapati di kedai tabib-tabib cina atau sengseh. Rebus dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh minum bila-bila masa sahaja.

Sayur

Sayur-sayuran seperti sawi, kacang buncis, jagung muda, pucuk meranti, kacang panjang, petola, bayam dan bendi juga dipercayai dapat membantu menghasilkan air susu untuk ibu terus menjayakan misi menyuskan si manja. Ianya enak dijadikan sajian sewaktu makan tengahari dan makan malam.

Alfalfa

Alfalfa antara tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu meransang proses penghasilan susu. Nak tahu tak, masa akak ke Kundasang, kami melawat ke lading lembu. Di mana lembu di sana dipelihara untuk menghasilkan susu segar. Yang menariknya, lembu-lembu ni diberi alfalfa tau untuk ransang penghasilan susu. Alfalfa Shaklee antara vitamin wajib akak ambil sepanjang menyusukan Adam dan Khaulah dulu.

Air

Haa, air merupakan elemen penting dalam menjayakan misi penyusuan. Ramai ibu yang tak cakna dengan pengambilan air seharian. Ibu menyusu perlukan 2-3liter air sehari. Air putih ya, tak termasuk air teh ke kopi ya.
Banyak lagi sebenarnya makan yang boleh membantu untuk tambah susu. Antaranya kekacang, Jambu batu, madu, teh hijau jepun, kacang merah, kacang hijau sengkuang dan pelbagai lagi. Tapi Mommy semua harus ingat, makanan-makanan ini hanya sebagai “pembantu”
"Mommy harus ingat konsep asal penyusuan itu yang penting, “demand dan supply”."
Ibu kena kerap susukan bayi atau pum. Semakin kerap Mommy kosongkan payudara, semakin banyak susu dapat dihasilkan. Mommy harus galakan baby untuk terus menyusu. Sekurang-kurangnya 10-12 kali penyusuan dalam masa 24 jam.
Secara tidak langsung ianya akan meransang hormon prolaktin dan susu dapat dihasilkan dengan baik.

012.789.4742

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top