0
"Susu sikit, macam manalah budak tu nak kenyang. Sebab tu menangis je" Terdengar rungutan ibu mertua pada si suami.
"Dah tau susu sikit, bagilah susu tin tu. Degil tak nak dengar cakap tau" Kata Ayah mertua pula.
Situasi begini sering tejadi pada ibu-ibu mudayang baru melahirkan bayi. Jika tidak cukup kuat pasti susu formula menjadi penyelesaian kepada masalah "susu sikit". Hari ini, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula pada awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran. kebiasaanya selepas sahaja tamat tempoh berpantang.

Apakah Faktor yang mendorong tindakan begini?

Hal ini kebiasaanya kerana ibu rasakan susunya sikit atau tidak cukup. Terutama pada ibu yang mempunyai anak sulung atau ibu yang tidak ada pengalaman menyusukan bayi sebelum ini. Ibu rasakan yang susunya sikit apabila bayi semakin kerap menangis walaupun sudah diberikan susu ibu.
Ibu mula panik dan risau, takut bayi mereka kelaparan. Lagi lah kalau bayi itu lelaki. kerana kebanyakan ibu berpegang pada konsep "bayi lelaki kuat menyusu"

Apa Penyelesaian Ibu Pada Situasi Sebegini?

Kasihnya ibu dan sifat keibuan yang tinggi telah mendorong ibu utnuk lakukan sesuatu agar bayi berhenti menangis. Ramai dari ibu yang memilih untuk berikan susu formula dengan harapan bayi berhenti menyusu. si bayi dengan "rakus" minum dan tidur kekenyangan buat ibu cukup lega rasanya.

Ianyanya biasa akan berlaku berulang kali dan lama kelamaan si ibu "yakin" yang bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan sekaligus sebenarnya telah membuat si ibu "hilang keyakinan" untuk menyusukan bayinya.

Benarkah Susu Ibu Sikit Pada Awal Kelahiran Bayi?

Ya benar! Tapi ibu tak perlulah risau sehingga perlu berikan susu formula kerana khuatir susu untuk bayi tidak cukup.

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri dikeluarkan akan ada peningkatan hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang proses penghasilan susu.
Sebenarnya pada hari pertama kelahiran, susu yang dihasilkan amat sedikit tapi ianya sudah cukup untuk keperluan si manja tanpa perlu ditambah dengan susu formula atau air kosong. Saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiking 20 sen hingga 50 sen sahaja.

Perut bayi pada waktu ini tidak boleh mengembang. Mereka hanya perlukan sekitar 1-2 sudu sahaja air susu untuk sekali minum.

Pernah tak lihat ada bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah selepas minum susu formula? Hal ini kerana bayi memberi signal bahawa perutnya telah pun penuh. Tapi bayi yang menyusu susu ibu. Mereka akan mula berhenti sendiri bila mereka telah kenyang.

Apakah Tanda Bayi Dapat Susu Yang Cukup?

Untuk mengatasi kerisauan si ibu, ibu boleh melihat pada beberapa perkara. Sebagai contoh ibu boleh lihat pada lampin pakai buang sama ada basah atau tidak? Kalau basah, maka di situ buktinya yang baby sudah pun minum dan susu tersebut telah pun diproses menjadi urin.

Lihat juga pada berat badan si manja, adakah berat badannya bertambah? Jika jawapannya juga ya, ibu tak perlu khuatir. Namun ibu perlu tahu, beberapa hari pertama kelahiran berat badan bayi memang akan menurun sedikit sebelum bertambah semula. Boleh dapatkan maklumat lanjut juga di sini

Pasti Ke Semua Ibu Ada Susu Selepas Kelahiran?

Ada juga situasi di mana ada ibu yang memang tak keluar langsung susu di awal kelahiran. Ada ibu yang susunya tak juga keluar walaupun bayi sudah beriya menghisap. Hal ini biasanya berlaku keranan wujudnya beberapa faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress atau sakit semasa proses kelahiran.

Ada ibu yang mengambil masa agak panjang untuk melahirkan, bersalin mengunakan alat sokongan seperti forcep dataupun ibu dan bayi "drowsy" akibat kesan ubat penahan sakit. Hal sebegini juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu sebenarnya.

Semua Wanita Boleh Menyusukan?

Buat semua wanita yang bergelar ibu. Usah khuatir sejarah telah membuktikan ada wanita yang tak pernah mengandung juga boleh menghasilkan susu. Sama ada ianya dengan bantuan ubat-ubatan ataupun tidak.

Ini membuktikan bahawa untuk menyusukan permata hati, ibu tidak semestinya perlu mengandung. Malah ada wanita yang tiada rahim pun boleh menyusukan anak. Tanpa ada ovary pun boleh susukan anak.

Menarik bukan! Apa yang penting sebenarnya ialah keinginan dan kegigihan ibu sendiri untuk benar-benar cekal dan istiqamah tanpa jemu untuk terus memerah dan meneruskan penyusuan. Jika tanpa melahirkan si ibu mampu menyusukan jadi tidak mustahil dengan ilmu dan cara yang betul, ibu juga pasti boleh menyusukan si manja.
Sebagai perkongsian, saya mengambil set kehamilan dan kelahiran shaklee ini sepanjang menyusukan bayi saya sehingga dua tahun. Whatsapp saya di talian 012.789.4742 untuk saya bantu ibu-ibu ya.






 
 

Post a Comment

 
Top