0
Mommy hamil 9 Minggu dah. Waktu ni emosi Mommy serba tak kena. Tiba-tiba je Mommy rasa sedih, eh sekejap lagi Happy pula, ada juga yang tak pasal-pasal nak menangis. Sabar ya Mommy, itu perubahan normal pada kehamilan minggu ke 9. Ada juga emosi ni berlarutan sepanjang kehamilan. Sokongan dan Daddy amat-amat diperlukan waktu ni.

Mommy! Baby Makin Matang

Waktu ni saiz baby lebih kurang 2.3 sentimeter. Lebih kurang saiz kacang pea. Kelopak mata baby juga dah mula bercantum tau Mommy. Tapi akan mula terbuka pada minggu ke 27 nanti. Pergelangan tangan baby juga makin matang. Kaki baby dah jelas kelihatan dan jari dah mula nampak. Lengan baby juga dah agak panjang dan boleh dibengkokan ke siku.

Girl Atau Boy?

Waktu ni gender baby tak nampak lagi Mommy. Tapi kanalat kelamin baby dah mula terbentuk waktu ni. Mommy pasti tak sabar nak tahu Baby boy atau girl kan? Plasenta baby juga dah cukup matang dan mampu menyokong hampir semu atugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Mommy Dah Jumpa Doktor?

Haa mommy dah jumpa Doktor pakar sakit puan atau belum? Jika belum sebaiknya Mommy pergi sekarang tau. Mommy jangan ambil mudah tentang pemeriksaan antenatal ya. Jika Mommy berumur lebih dari 35 tahun atu mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu., Mommy boleh berfikir untuk lakukan ujian sampel vilus korion (CVS).

Biasanya ujian ini dijalankan pada minggu ke 10 dan ke 12 kehamilan. Ianya bertujuan untuk menyaring kecacatan atau apa-apa abnormal semasa kelahiran

Hamil 8 Minggu
Hamil 10 Minggu

Post a Comment

 
Top