0
Hamil 7 minggu dah Mommy. Waktu ini Mommy dah mula rasa tak selesa. Waktu hamil tujuh minggu juga buat Mommy rasa kerap mahu buang air kecil. Mommy kena pastikan Mommy minum air yang cukup ya pada kehamilan 7 minggu ini.


Melompat Dan Memecut Aktif

Mommy, saiz embrio pada waktu ini lebih kurang saiz sebiji kacang kuda yang sedang bebas melompat dan memecut. Waktu ni hati baby terus keluarkan sel darah merah yang banyak sementara tunggu sumsum ambil peranan.

baby mula membesar dengan pantas tau Mommy waktu ni. waktu ni gigi dan lelangit baby mula membentuk, telinga baby juga mula berkembang. Tapi masa ni kulit baby nipis sangat. Boleh nampak saluran darah tu.

Badan Sakit-sakit, Kerap Mahu Kencing

Waktu ni kesian kat Mommy, Mommy mesti rasa tak selesa kan. Mula sakit-sakit dan terpaksa menahan muntah. Sorry Mommy! Hormon dalam badan Mommy punca Mommy rasa mabuk. Waktu ni Mommy juga mesti rasa nak buang air kecil je kan. 

Mommy digalakan buat senaman kecil untuk kesihatan berpanjangan. Mommy juga boleh cuba ambil Peppermint - Ginger Plus dari Shaklee. Ianya sangat-sangat membantu Mommy elakan rasa mual dan kurangkan angin dalam badan.

Post a Comment

 
Top