0
Diam tak diam Mommy dah hamil 6 minggu. Pada usia hamil 6 minggu ni agaknya bagaimana keadaan baby ya? Pada waktu ini saiz baby sebesar kacang lentil. Mommy tahu tak waktu ni saiz kepala embrio lebih besar dari saiz badannya.

Bintik Hitam Pada Embrio

Mommy pada waktu ini akan timbul bintik hitam pada kawasan di mana mata baby patut berada. Terdapat juga bukaan di telinga dan hidung baby. Bukaan ini menandakan di mana telinga dan hidung baby akan mula membentuk.

Tangan dan kaki baby kelihatan seakan dayung pada waktu ini. 

Jantung Baby Berdenyut Dua Kali Ganda Dari Jantung Mommy?

Mommy masih belum dapat mendengar denyutan jantung baby. Tapi pada waktu ini jantung baby berdenyut sekitar 150 denyutan seminit. Kalau Mommy nak tahu, pada waktu ini juga kadar denyutan jantung baby berdenyut dua kali ganda dari kadar denyutan jantung Mommy.

Pada waktu ini juga embrio mula melakukan gerakan pertama. Tapi Mommy belum dapat rasakan lagi gerakan itu. Jangan risau, sedikit masa lagi Mommy akan mula dapat rasakan gerakan baby. Biasanya seawal trimester kedua Mommy boleh dah rasakan. 

Post a Comment

 
Top