0
Lima Minggu dah Mommy Hamil. Waktu ni perkembangan baby sangat pantas. Pada usia hamil lima minggu ni jantung embrio sebesar biji kaskas sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Pada waktu ini jantung mula terbahagi kepada ruang-ruang kecil. Tak lama lagi jantung akan mula dapatkan ritma denyutan dengan baik.

Rupa Saya Macam Berudu?

Mommy tahu tak, waktu ni rupa baby mirip berudu. Saiz embrio ni lebih kurang suku inci atau setengah sentimeter. Tumbeseran embrio waktu ini sangat-sangat pantas.

Organ Saya Dah Terbentuk?

Organ utama macam ginjal dan hati juga dah mula muncul tau. Tiub neural iaitu tiub saraf yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ni. Anggota bawah baby akan mula tumbuh. Masa ni tangan dan kaki akan mula terhasil. 

Usus baby pun sedang berkembang tau Mommy, appendiks juga mula mengambil ruang.

Wah! Wajah Baby Dah Mula Terbentuk Juga

Pada usia kehamilan lima minggu, kawasan di bawah permukaan akan mula membentuk jadi mulut baby. Lipatan kecil juga mula muncul dan menjadi leher baby dan rahang bawah baby. Mommy tahu, raut muka baby juga mula terbentuk. Lubang hidung akan mula kelihatan dan retina mata akan mula timbul. 

Mommy Jangan Lupa Acid Folic

Pada waktu ini, Mommy disarankan mengambil 400 mikrogram (mcg). Sebenarnya acid folic ni Mommy perlu ambil sebaik sahaja Mommy merancang untuk hamil hingga ke minggu dua belas kehamilan. Mommy juga digalakan ambil makanan yang kaya dengan folat.

Secara peribadi sangat-sangat menyarankan Mommy mengambil set lengkap kehamilan dari Shaklee. Selain membekalkan cukup nutrient pada Mommy dan Baby ia juga diyakini berkesan dan selamat. Bagi memastikan Mommy dan baby sihat sepanjang kehamilan


Kalau Mommy ingin dapatkan nasihat nutrisi sepanjang kehamilan secara PERCUMA boleh hubungi terus Mommy Zura di talian 012-7894742. Pasti berpuas hati.








Post a Comment

 
Top