0
Makanan ibu semasa hamil tidak boleh diambil muda. Kerana makanan sewaktu hamil sangat-sangat penting pada tumbesaran baby. 

Mari saya kongsikan beberapa jenis makana yang terbaik buat ibu semasa hamil.

 DAGING TANPA LEMAK

Daging adalah sumber protein tinggi, carilah daging tanpa lemak. Ketika membeli daging merah, sangat susah untuk dapatkan daging yang bebas lemak. JANGAN MAKAN hot dog, ini kerana makanan seperti ini berisiko menjadi punca bakteri dan parasit dari daging seperti toxoplasma Listeria monocytogenes, atau salmonella pada bayi

TELUR

Selain lebih dari 12 vitamin dan mineral, telur mengandung banyak protein penting untuk kehamilan. Sel-sel bayi tumbuh pada tingkat yang eksponensial, dan setiap sel terbuat dari protein.
Telur juga kaya dengan kolin, yang secara keseluruhan mendorong pertumbuhan bayi dan kesihatan otak, sambil membantu mencegah kecacatan. Telur juga mengandungi lemak omega-3, penting bagi otak dan penglihatan.

IKAN SALMON

Salmon merupakan sumber omega-3 lemak. Kandungan gizi pada salmon ini bagus untuk ibu hamil, selain itu ikan ini memiliki jumlah merkury yang lebih rendah.

KACANG

Ramai yang tahu manfaat kacang pada wanita hamil. Kacang buncis mengandungi serat dan protein yang paling banyak dari semua jenis sayuran.

UBI JALAR

Ubi jalar mempunyai banyak manfaat bagi wanita hamil, ubi jalar yang berwarna oren terdiri dari karotenoid, pigmen tanaman yang ditukarkan menjadi vitamin A dalam tubuh kita.
Ubi juga merupakan sumber vitamin C, folat, dan serat. Dan seperti kacang, ubi murah dan serbaguna.


WALNUT

Tidak suka ikan atau telur, tapi masih ingin mendapatkan omega-3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi? Anda boleh mengamalkan walnut, ini kaya dengan omega-3. Boleh juga dijadikan snak harian.

SAYURAN BERWARNA HIJAU

Manfaat sayuran untuk wanita hamil sudah tidak diragukan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua. Contohnya bayam, atau sayuran berdaun hijau lain yang sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting.

Pengambilan set kehamilan Shaklee dapat membantu ibu kekal sihat sepanjang proses kehamilan. Memberi kesihatan menyeluruh pada bayi yang dikandungkan.


Post a Comment

 
Top