0
Berhenti Kerja.. Ianya bukan satu keputusan yang mudah..! Saya sendiri dahulu melaluinya. Pelbagai Tips berhenti kerja  digali sana dan sini. Pelbagai aspek dan perkara yang perlu kita teliti dan kaji sebelum kita memilih untuk berhenti kerja. Pengalaman saya cukup mematang kan saya untuk berdepan dengan situasi ini.

Di sini saya kongsikan 17 Tips yang perlu diambil oleh kalian yang mahu memilih untuk berhenti kerja. Tips dan perkongsian hebat dari seorang anak muda yang dikenali sebagai Firdaus Yasin

Jom kita teliti satu persatu Tips yang diberikan. 

17 + 1 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja





Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja.

Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu berhenti kerja dan fokus untuk berbisnes dalam masa 2 tahun akan datang.

Beliau telah menanam budi pada saya dengan belanja saya makan nasi ayam kampung.

Saya kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti kerja.
(Rujukan dari pengalaman sendiri dan orang lain)

1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan.
(Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.
(rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas. (Trading)
Elakkan model business consignment untuk permulaan.

5. Buat business secara sambilan dahulu,
cuba selama 6bulan,
jika pendapatan bersih dari business 3kali ganda melebihi gaji pokok,
boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan business atau business sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat business.
Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan 

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting.
Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, 
punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.
(keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.
(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.
(Ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.


P/s : Nota di atas hanya sebagai cadangan.

Pemahaman pembaca terhadap nota ini adalah diluar tanggung jawab saya.
Ni Laa Insan muda yang Berkongsi. Ensem kan.. ;)


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana..? Menarik bukan Tips yang dikongsikan.. Saya ingin tambah satu lagi Tips. Ini yang saya sendiri lalui. Jangan set diminda bahawa kita BERHENTI KERJA.., tapi set di minda kita TUKAR TEMPAT BEKERJA dan TUKAR CARA KITA BEKERJA. Dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri.

Hal ini kerana, jika kita set dan kata kan pada diri yang aku berhenti kerja. Automatik semua perbuatan dan tindakan kita akan terhenti. Kita akan ada masalah untuk bertindak dan sebagainya. Sebulan pertama jika mind set ini tidak diubah akan shock dan hanyut. 

Jadi set betul-betul di Minda sebelum sebarang keputusan diambil. InsyaAllah.. saya doakan yang terbaik untuk semua..! 




Jika anda sudah tidak sabar-sabar untuk bekerja dari rumah dan mahu menyertai team "Rich Housewife" kami.. apa tunggu lagi..? Jom sertai kami dan kami pandukan arah. Berbekalkan modal komitmen yang Luar Biasa pasti kejayaan milik anda yang sedang membaca. Tunggu apa lagi..?
Jom Daftar Di Sini..!!

Tahniah..! Jom ubah dari dunia makan gaji ke dunia bekerja sendiri...!

Master Zura Betty
Business Entrepreneur  

Post a Comment

 
Top