0
Katak Pekak..!! Acapkali disebut.., mahu berjaya jadilah Katak Pekak. Tapi apa itu sebenarnya KATAK PEKAK..?? Ok mari saya cerita mengikut versi saya.. Ceritanya begini..

Di satu perkampungan pada suatu hari yang indah dan ceria. Suasana yang tenang bersama tiupan bayu yang sepoi sepoi bahasa..

Berkumpulah sekumpulan katak untuk berlumba. Hadiah yang ditawarkan amatlah lumayan bagi si katak2 tersebut. Tugasnya mudah sahaja mereka perlu mendaki satu bukit ini hingga ke puncak..

Namun setiap kejayaan pasti ada ujian dan rintangan bukan. Jalan itu terlalu licin dan berduri. Terlalu banyak ranjau dan onak.. Akan tetapi sekumpulan katak ini gagah untuk sampai ke destinasi dengan semangat membara.


Mereka mula berlumba melompat dan terus melompat dari satu langkah ke satu langkah.. Namun dalam perjalanan yang penuh onak dan duri itu.. Disekeliling mereka dipenuhi dengan mereka2 yang bersorak riang.

Namun sayangnya sorakan yang diberikan hanya sorakan negatif yang hanya melunturkan semangat si katak.. "Hei katak.. Kau tak akan bisa melompat.., jalan disitu penuh duri dan licin.. Kau pasti tewas.." Suara lain berbunyi..

"Sudahlah katak.., jangan kau buang masa.. Kau teruskan sahaja hidup seperti biasa dari mengadaikan nyawa tidak bermakna.."

Katak- katak ini mula termakan cakap orang di sekeliling mereka.. Maka ramai katak yang tewas dan tidak sampai pun ke puncak. Akibat keyakinan diri mereka dirobek oleh kata-kata sekeliling..

Namun ada seekor katak.. Melangkah dan terus melangkah.. Melompat dan terus melompat yang akhirnya hanya dia yang sampai ke puncak..!

Maka seseorang pun mendekati katak itu dan mencari apalah rahsia si katak. Apabila orang itu bertemu Si Katak yang berjaya itu.. Alangkah terkejut nya beliau apabila mendapati rupanya katak itu PEKAK.

Akibat pekak itulah katak itu berjaya. Kerana dia tak dengar akan kata-kata nista yang melemahkan semangatnya seperti kawan-kawan lain. Dia hanya fokus pad matlamat yang satu untuk sampai ke puncak melompat dan terus melompat.. Akhirnya kejayaan menjadi miliknya..!

Oleh itu untuk berjaya wahai adik kakak yang saya sayangi. Belajarlah dari kisah si Katak untuk menjadi Katak pekak.. Melangkah dan terus melangkah lah kalian demi impian dan cita-citamu..! InsyaAllah tiada yang mustahil.., jika keyakinan,fokus dan matlamat yang jelas ada di minda jiwa dan tindakan.. Allah maha Pemberi..!

Ingat..!! Jangan bunuh impian anda hanya kerana orang sekeliling anda.

Anda Punya Impian..!!

Tapi buntu bagaimana mahu merealisasikannya. Hubungi saya untuk saya bantu meleraikan kekusutan itu.

Master Zura Betty
012-7894742
~ Tidak Puas Memberi ~

Post a Comment

 
Top