1
Resepi Makanan Bayi 9 bulan ke Atas. Tetiba je kan share resepi makanan bayi. Cik Puan Khaulah dan nak dekat setahun baru mama nak share resepi makanan bayi. Gitulah.. Padahal macam-macam menu anak dara ni mamam. Semua resepi makanan bayi yang menyelerakan. Aummm..

Anyway, lama sungguh kan I menyepi dari dinding maya ini. Huh.. Masih mengutip dan mengumpul semangat untuk terus melangkah.. Hahahaha.. Gituew..! Ok memandangkan baru pulang dari Umrah kan. So kita ubah selera. Hari ni nak share satu makanan yang menjadi kesukaan mereka yang berada di Timur Tengah. Cous Cous.. Pernah dengar..? Masa kecil dulu umi saya selalu bagi makan benda ni. Tapi dah besar terlupa.. sehingga;ah kami ke US tahun lalu. Dihidangkan dengan Cous Cous ni. Ok bagi yang tak tahu apa itu Cous Cous.. Meh I cerita sikit.

Apa Itu Cous Cous atau nama Melayunya Kus Kus..?

Cous Cous atau Kuskus merupakan salah satu makanan tradisional yang sangat popular di Maghribi. Orang Maghribi pada masa dahulu menjadikan Cous Cous sebagai menu makan malam mereka. Akan tetapi, Cous Cous pada hari ini sangat popular dihidangkan pada hari Jumaat sebagai menu tetap makan tengahari setiap keluarga di Maghribi. 

Pada masa dahulu, beras Cous Cous dibuat secara manual. Berasnya diperolehi dari gandum dengan cara yang unik melalui beberapa proses. Ianya biasanya dihidangkan dengan cara mengukus. Secara tradisi kebiasaanya ianya dihidangkan dengan daging dan sayur-sayuran di atasnya.

Cous Cous adalah hidangan ketiga kegemaran orang Perancis pada tahun 2011 dalam satu kajian oleh TNS Sofres untuk majalah Vie Pratique Gourmand yang pertama di Timur Perancis. Cous Cous mempunyai 3.6g Protein bagi setiap 100 kalori, dengan nisbah lemak ke kalori 1%.

Ok Meh nak Share Resepi Cik Puan Khaulah. 

Resepi Makanan Bayi Dengan Cous Cous

Ok.. Bahan-bahan yang saya guna kan ialah
  • 4 Sudu Besar Cous Cous (Kalau anak dara i ni untuk 2 atau 3 kali makan)
  • Satu Ulas Bawang Putih (Dicincang Halus)
  • Sedikit hirisan bawang Holland (Dicincang Halus)
  • Isi Ayam
  • Sedikit Cauliflower
  • Cherry Tomato
  • Secubit Serbuk Cinnamon
  • Sedikit BreastMilk / Fresh Milk
  • Unsalted Butter
    Unsalted Butter, Isi Ayam, Bawang Holland, Bawang Putih, Cauliflower Tomato

    Ini lah rupa Cous Cous. 

     Cara Masaknya Bagaimana Pula..?

Oh cara masaknya sangat lah senang. Jom kita tengok senang ke senang..? hahahaha

Panas kan Unsalted Butter, ermm ni pilihan ye.. Boleh juga gunakan Olive Oil. Saya biasanya selalng selikan penggunaan Olive Oil dengan Unsalted Butter untuk Cik Puan Khaulah. Kemudian, tumiskan bawang, dan bawang putih yang dah dicincang lumat.. agak dah naik bau masukan isi ayam tadi.. 

Time ni bau dia menusuk hidung..!
Bila dah separuh masak.., masukan secubit serbuk cinnamon. Sure wangi je baunya time ni. Kemudian masukan sedikit air.. Sikit je. Tak perlu banyak-banyak ok.. Sementara tunggu ayam tadi masak. Boleh rendamkan Cous Cous dengan air panas mendidih. Terpulang. ada orang suka masak sekali Cous Cous ni. Tapi saya lebih suka rendam bagi dia kembang sendiri. So tak de la lembik sangat. 

Kemudian masukan sedikit susu, cauliflower dan tomato. agak dah mendidih.. Masukan Cous Cous yang telah direndam tadi. Gaul-gaul sampai sebati.. Taraaaaa.. Siap sudah. Senang sangat kan.. Si manja tentu makan bertambah-tambah. Tak percaya..? Sila la cuba.. Aummmm... 
Ini rupa Cous Cous yang telah di Masak

Ngap..! Ngap..! Ngap..!

Papa Pun dok Nganga Sama..!

Sedap sangat.., Gigit sudu tak mau lepas..!

Licin Sudah..! Kenyang perut suka hati.. 
Cous Cous adalah pilihan terbaik untuk si manja terutama bagi ibu-ibu yang sibuk. Ianya juga sangat sesuai dibawa travel. Just rendamkan sahaja di dalam air panas, kemudian boleh juga dicampur dengan apa jenis buah yang sesuai seperti betik, pisang, avocado untuk simanja. Ianya sangat mudah dan cepat.

Oleh itu, tiada alasan lagi untuk ibu yang sibuk tidak boleh menyediakan homemade food untuk si manja. Tamabahan pula Cous Cous mengandungi khasiat gandum dan karbohidrat untuk si manja. Jika dicampur dengan susu dan buah-buhan maka mudah sahaja untuk si manja mendapatkan satu hidangan lengkap yang kaya dengan vitamin.

Ianya juga mudah di dapati di pasaraya berdekatan. 

Selamat Mencuba..!

Salam Sayang
Mommy Zura
~Hanya yang Terbaik Untuk Si Manja dan Seisi Keluarga~




Post a Comment

  1. Best. Best. Boleh cuba utk baby dina. Nak cari couscous nnt..

    ReplyDelete

 
Top