0
SHAKLEE.., Tak kenal maka Tak Cinta. Saya mengenali SHAKLEE pada 2002. Lama ok sebenarnya perkenalan saya dengan Shaklee ni. Tapi sayang.., Shaklee yang dahulu tak pernah saya kenali dengan mendalam. Ada kisah yang buat saya tergolong dalam mereka yang Anti-Shaklee. Tapi tak de lah anti gila-gila tu. Cuma memang tak berapa nak berkenan bila sebut supplement ke Shaklee ke apa ke laa. 
Bergambar Di HQ Shaklee di Pleasanton US..! Aummmm
Tapi segalanya berubah bila saya menyusukan Adam anak ketiga saya. Dari meluat jatuhnya sayang dan kini cinta yang mungkin tidak akan berbelah bagi. Gitue.. Shaklee dengan saya sudah sebati. Sampai orang nampak saya maka mereka akan nampak Shaklee. Atau nampak Shaklee sure nampak saya. Haa camtu sekali. 
Ok hari ni saya nak share pasal cinta hati saya ni. Meh nak cerita serba sedikit Sejarah Shaklee dan latar belakang produk nie. :). Entry ni memang jauh dari entry sebelum ni. Tiada cerita tentang penyusuan. Tapi cerita tentang Cinta Hati saya.. Cerita Khas untuk anda yang mungkin nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee atau anda yang mahu mula-mula berjinak dengan Shaklee :) 

Bertahun Sudah Wujud

Ramai yang ingat Shaklee ni vitamin yang baru wujud. Silap sebenarnya. Jika kalian tanya pada mak atau nenek pasti mereka tidak asing dengan nama Shaklee. Untuk makluman, Shaklee telah bermula sejak 100 tahun yang lalu di mana Dr Forrest Shaklee merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta multivitamin pertama di dunia iaitu VITAlized MINeral pada tahun 1915! Haa ni saya nak bagi tahu sesuatu.., perkataan "VITAMIN" yang anda semua gunakan sebenarnya berasal dari VITAlized MINeral (multivitamin Shaklee yang kini dikenali sebagai Vitalea). Haa hebat tak "Cinta Hati" saya. Hebat kan.. :)


Syarikat Shaklee sendiri ditubuhkan pada 1956.

SHAKLEE VITAMIN

Kemudian pada tahun 1960, pencuci yang boleh di-biodegrasi pertama, iaitu Basic-H telah dicipta. Pada tahun itu juga ESP telah dihasilkan. Vitamin C Shaklee, dihasilkan pada tahun 1981. Itulah serba sedikit tentang sejarah produk Shaklee. 
Sebahagian Dari Ahli Saintis Shaklee. Haa bukan Produk tangkap muat ye..

Tentang Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

  • Shaklee telah berada selama 55tahun dalam pasaran supplement
  • Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya 
  • Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi 
  • Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD setiap tahun untuk ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D) 
Kalau nak diikutkan Shaklee tak wajib pun sebenarnya buat clinical test (ujian klinikal), hal ini kerana produk Shaklee ni supplement. Hanya ubat yang wajib buat ujian klinikal. Sebab tu tak semua pengeluar melakukannya (kos sangat tinggi untuk melakukan ujikaji klinikal). Akan tetapi Shaklee buat juga ujian klinikal. Kenapa? Kerana Shaklee keluarkan sesuatu produk bukan "tangkap muat", mereka mahu pastikan kualiti dan hasil terbaik jadi mereka mempunyai peruntukan khas untuk menjalankan ujian klinikal. Untuk pengetahuan anda, ujian klinikal bukan pada tikus ke musang ke arnab ke.. Tetapi pada manusia. Cuba bayangkan kalau produk tak elok, seribu orang yang consume, rasanya 1 orang je yang survive. Dan sure lah dah lama produk ini berkubur tapi kenapa Shaklee dah bertahan lebih 55tahun. 

Shaklee Gah Di Mata Dunia

Shaklee bukan saja dikenali sebagai makanan tambahan untuk seisi keluarga, untuk kesihatan dan kecantikan, malah ia telah memperkasa perwira hebat di seluruh dunia:
1983 – rakyat Amerika pertama mendaki Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee
1986 – Pesawat voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.
1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger.
1987 – Jacques Cousteau and the Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.
1989 – Shaklee menganjurkan penamanan 1 juta pokok di Asia.
1991 – Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.
1993 – Angkasawan NASA menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman ke angkasa lepas.


Selain itu, Shaklee juga menjadi pilihan atlet-atlet Olimpik. Masa National yang berlangsung baru-baru ini.., Shaklee telah menjemput beberapa orang pemenang pingat Olimpik untuk berkongsi kisah kejayaan mereka dan cara hidup mereka dengan Sahklee. Hebat.. sangat teruja..!

Jika nak tahu.. saya dahulu sangat anti ubat.. termasuklah supplement. Bagi saya.. Ubat ke supplement ke semua sama. Itu silap besar saya dahulu. Setelah belajar.. dapatkan ilmu.. Faham dengan betul.. rupanya ubat dan supplement satu benda yang jauh berbeza. Ye.. saya sangat mengambil berat tentang apa yang masuk ke dalam badan. Begitu juga dengan makanan anal-anak. Inikan lagi nak bagi makan sebarang-sebarang. Oh no...! Tapi Setelah saya sendiri kaji.., faham dan amalkan.. Pendapat saya sebelum ni berubah 100%. Ditambah lagi apabila saya sengiri telah menjejak kan kaki di HQ Shaklee. Keyakinan saya terhadap Shaklee yang sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi semakin kuat.

Tu yang saya cakap tadi.. Semakin lama semakin sayang. Ditambah pula.. banyak kessan-kesan luar biasa terhadap keluarga saya. Terutama perubahan pada kesihatan ibu, suami dan anak-anak saya. Serius saya sangat-sangat teruja. 

Saya yang dahulunya amat sukar nak telan sebarang jenis "UBAT" kini berubah 100%. Jangan takut untuk mengambil makanan tambahan. Terutama yang sememangnya diyakini selamat dan berkesan. Tapi yang harus anda risaukan ialah bagaimana keadaan kesihatan anda 5,10 atau 20 tahun akan datang dengan corak dan gaya hidup kita dasawarsa ini. Renung-renungkan :)
Kami Sedia Membantu Anda Yang Mahu..!
Gmail : naluriibue@gmail.com
Call/Whatsapp : 012-7894742

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Post a Comment

 
Top