0
Sekali lagi diruangan Dapur Mommy Zura dengan tajuk sesekali dapur berasap. Tetiba ramai yang minta Resepi Kek Marble versi saya. So terpaksa laa I sharekan Resepi Kek Marble tu. Kalau tak dosa nanti.. hahahhaha. Tapi yang mintak resepi ni kena buat ok. Nak tengok camne corak Kek Marble uols tu.

Yummyyy..!
Sebenarnya resepi ni saya google gak.. tapi saya ubah sikit-sikit ikut citarasa saya. Kek Marble ni sesuai di sajikan untuk minum petang. Ni pun buat sebab request dari anak bujang n En Suami dok perli lama sangat dah gantung Oven tu. Ye lah.. dulu i rajin dok buat kek nie. Tapi sejak Fokus ke Shaklee semua ku gantung dah. Ok sekrang ni boleh dah turun kan perkakas yang ada sikit demi sikit. N kembali mengasah skill tu.. Gituewww..! Dah banyak plak cerita.. Jom kita tengok bahannya..


Wanginya Bau Buuter dan Gula

Bahan-bahan Untuk Kek Marble

250g Butter
150g Gula Halus
250g Tepung Naik Sendiri (Saya guna Tepung Blue Key)
4 Biji Telur
1 Sudu Kecil Esen Vanilla (letak mealshake pun boleh.. eh nak jugak) 
1/2 Cawan Susu Pekat ( saya kurangkan sebab manis woo)
2@3 Sudu Besar Susu Cair
Pewarna Hijau, Pink, Biru, Kuning (Ikut Suka uols laa)

Cara-cara membuat kek marble :  

  • Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, ada orang kata buang urat yang ade kat telur tu supaya hilang hanyir. 
  • Masukkan Esen Vanila
  • Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Masukkan susu pekat dan susu cair - pukul sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 5 bahagian, Neutral, kuning, pink, biru, hijau. 
  • Tuang adunan berselang seli (ikut kreativiti anda). kalau nak dia cantik.. lepas tuang tu ambil lidi ikut garisan kek macam gambar kat bawah ni. 
  • Kemudian bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah.


I tak Cukup berseni uols. Uols mesti boleh buat lagi cun..!
Hidangkan panas-panas uols.. Memang mabeles.. Shedappp..! Selamat Mencuba
Bukti Sedap.. Sekali hadap dah tinggal tue je..!

Selamat mencuba.. :)

Post a Comment

 
Top