1
Penyusuan bagi ibu yang bekerja memang agak mencabar. Ramai ibu bekerja yang dalam delima mahu menyusukan bayi mereka. Tapi ibu-ibu comel sekelian. Harus ingat bahawa

"Bekerja Bukanlah Alasan Untuk Tidak Memberikan Susu Ibu"

Haa.. Apa macam intro.. Best tak..? Saya pernah berada di dua situasi, di mana menjayakan misi Penyusuan Susu Ibu walaupun bekerja. Saya juga pernah melalui pengalaman menyusukan anak di mana pada waktu itu saya seorang WAHM. Kedua-duanya mempunyai cabaran tersendiri. Hari ni saya nak share kan Tips Penyusuan bagi ibu-ibu yang bekerjaya. 

Jika dilihat secara kasar, memang agak sukar seorang ibu yang bekerja ingin menjayakan misi penyusuan secara sepenuhnya kepada cahaya mata kita. Tapi seperti yang selalu saya pesan. Jika mahu.. lautan api pasti direnangi bukan. Dan kebanyakan ibu-ibu bekerjaya memang hebat dan sanggup merenangi lautan api itu. Wahhh gitue..! 

Untuk menjayakan penyusuan bagi ibu yang bekerja, mommy harus menyiapkan persediaan dari segi mental, emosi serta apa jua cabaran yang bakal tiba apabila kita sudah mula bekerja nanti. Sanggupkah mommy mengepam susu setiap hari sekurang-kurang tiga jam sekali..? Sanggupkah ibu-ibu mengusung beg susu selama dua tahun kehulu dan kehilir..? Persoalan yang hanya mampu dijawab oleh mommy-mommy yang betul mempunyai jiwa yang kental.

Sebagai seorang Peguam suatu ketika dahulu.., tekanan kerja merupakan salah satu cabaran utama yang saya perlu bijak tangani untuk memastikan misi perjuangan saya untuk menyusukan bayi walaupun bekerja. Alhamdulillah.. cabaran itu berjaya saya lalui dan saya berjaya menyusu kan ketiga-tiga hero saya semasa saya bekerja sehingga layak dapat title PHD dalam penyusuan. Aummmmm.. 

Ok jom saya kongsikan beberapa tips penyusuan yang saya sendiri amalkan untuk menjayakan misi penyusuan bagi ibu yang bekerja.
Wanginya Bau Khaulah...! Nyamannnn

Sediakan Stok Susu Ibu Sekurang-kurangnya 2 Minggu Sebelum Bekerja

Haa ni nak cerita masa menyusukan Amsyar, anak sulong saya. Saya sikit ketegaq.. Dok laa bertangguh.. nantilah pum. nantilah pum akhirnya tinggal beberapa hari lagi nak naik kerja. Haa masa tu memang cuak dah lah. Memang masa tu segala macam ilmu dok gali nak kasi susu mencurah bak air hujan. Hahahaha mitos laa sangat.

Masuk baby kedua.., tak nak sejarah berulang kembali.. maka awal-awal lagi saya dah mula mengepam. Tak silap seawal sebulan sebelum bekerja saya dah mula menyimpan stok susu saya. Tapi saya nasihatkan minima untuk mommy-mommy semua mula membuat stok adalah selewat-lewatnya dua minggu sebelum naik kerja. Susu yang awal di simpan ini akan dijadikan stok pada minggu pertama kita mula bekerja. 

Kebiasaanya emosi ibu-ibu yang bekerjaya ni akan agak terganggu pada awal mula bekerja. Yelah.. dok risau fikirkan baby yang ditinggalkan. Awas ye Mommy-mommy sekelian. Emosi yang tidak stabil boleh mengakibatkan proses penghasilan susu terbantu.. Bahaya ye. So relax dan fikir yang baik-baik aja. :)

Rancang Masa Dan Tempat Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Mengepam

Ermm nak kongsi cerita.., ada kawan saya yang terpaksa mengepam susu di tandas hanya kerana dia bekerja di kelilingi oleh staf lelaki dan tiada tempat yang sesuai untuk dia mengepam. Memang kalau kita mesti rasa macam, eiee apa laa kau ni. Tapi kita tiada di tempat beliau dan niat murni beliau untuk menyusukan bayinya telah menyebabkan beliau terpaksa tekad dengan cara itu.

Alhamdulillah, saya punya bilik sendiri dan saya tiada maslah tempat untuk mengepam susu.  Ok untuk mommy mommy sekelian. Please rancang waktu mengepam anda ya. Selewat-lewatnya 4jam sekali. Yup saya tahu sukar untuk mengepam dua jam sekali jika kita bekerja. Tapi please pastikan jangan lebih dari 4 jam. Saya dahulu biasanya sebelum pergi ke pejabat saya akan pastikan saya kosongkan breast saya sekosong yang mungkin. (haa camner tue..? hahahaha)

Saya akan konsisten Pum pada waktu yang sama pada waktu pagi kebiasaanya. Memang tepat jam 8.00 pagi sebelum ke pejabat saya akan pum susu saya. Konsisten sangat penting ye mommy sekelian untuk memastikan supply n demand. Jangan skip mengepam susu. Ini akan menjejaskan supply susu. 

Ada juga ibu-ibu yang memilih untuk mengepam di surau, pantry yang tertutup dan sebagainya. Ok satu saya nak ingatkan untuk ibu-ibu. Jangan curi masa yang terlalu lama untuk mengepam susu ye. Ingat kita bekerja dan jangan silap gunakan masa itu sehingga prestasi kerja dan pandangan serong orang sekeliling. Sebab ada yang sengaja dok pum sampai berjam-jam. Tap
i sebenarnya dok menyembang je lebih dan sebagainya. Manfaatkan masa secara bijak. InsyaAllah lebih barakah.. :)
Saya minum susu Mama sehingga 23 Bulan

Beritahu Majikan

Sila beritahu majikan anda yang anda akan mengambil sedikit masa untuk mengepam dan sebagainya. Beritahu majikan yang anda menyusukan bayi anda. Terangkan mengenai waktu bekerja yang terpaksa anda ambil sedikit untuk mengepam, kemungkinan bagi yang menggunakan pum elektrik- bagi tahu yang anda mungkin akan menggunakan elektrik di ofiice dan segala yang berkaitan. Sedikit peringatan ye Mommy.., Kita menyusukan anak kerena mahu keberkatan.. kerana mahu mengejar redha Dia.. dan nawaitu untuk menyusukan bayi itu bagi saya terlalu murni. Maka jangan dirosakkan kesucian itu dengan perkara-perkara yang kadang kala kita terlepas pandang. Sama-sama kita mengejar redha Nya.

Berfikiran Positif Dan Katakan "Aku Boleh"

Aspek paling utama dalam menjayakan misi penyusuan terutama bagi ibu bekerja adalah MINDA. Sila pastikan ibu-ibu sentiasa mengawal pemikiran dan kekal Positif. Mind Set dalam diri adalah jantung kepada berjaya nya misi penyusuan ini. Selalu yakin kan diri dengan berkata "AKU BOLEH memberikan yang terbaik untuk permata syurga ku walaupun seribu ujian dan cabaran datang" Ingat Pilihan di tangan kita. Anda yang menetukan cara anda berfikir..! 

Keluarkan Sedikit Modal

Jika Mommy pernah baca kisah saya dahulu di awal penyusuan memang agak sadis. Di mana saya hanya menggunakan Pum Pureen yang tak sampai RM20.00 Pun. Masa tu ilmu agak cetek. Ditambah tiada sokongan dari keluarga untuk saya susukan baby saya dan sebagainya. Tapi biarkan semua itu menjadi satu kenangan yang amat berharga untuk saya. Eh.. flash back pulak. Hahahaha. 

Ok Kat sini sebenarnya saya nak bagi tahu. Jangan takut untuk melabur untuk membeli Pum yang agak baik dan selesa untuk menjayakan misi penyusuan ini. Terutama bagi ibu yang bekerja. TETAPI jangan lah sampai membazir. Ibu-ibu lebih tahu mana yang sesuai dan selesa dengan situasi mommy-mommy sekelian. Macam saya, dari dahulu sehingga kini pilihan saya dalah Pum Avent Manual. Masa Mengandungkan Khaulah, dah siap beli Free Style tapi Khaulah tak lagi lahir saya dah jual. Hahahhaa. Sebabnya saya rasa lebih selesa dengan Manual Avent. Ini terpulang pada masing-masing ye. 

Sediakan aksesori penyusuan juga secukupnya, sebagai contoh botol, plastik untuk menyimpan susu, ice pack, Cooler bag dan sebagainya. Pakaian yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam menjayakan misi penyusuan terutama bagi ibu bekerja bagi memudahkan proses untuk mengepum.
Budak Paling Kuat Menyusu

Carilah Ilmu Penyusuan Terutama Bagi Ibu Bekerja

Apa pun yang kita lakukan, ilmu adalah merupakan  perkara asas. Oleh itu Cari dan galilah ilmu tentang penyusuan semaksima mungkin. Join Group-group penyusuan, Cari info di Forum blog dan sebagainya. Cari dan curi sedikit semangat dari ibu-ibu lain untuk memastikan kita kekal positif untuk terus menyusukan bayi kita. Ketahui teknik mengepum, Power Pumping, Cara menyimpan Susu yang diperah, jangka hayat susu, cara membekalkan susu kepada pengasuh dan sebagainya


Diharap sedikit perkongsian ini mampu memberikan sedikit idea kepada ibu-ibu yang memerlukan. Saya doakan semoga Proses dan perjalanan penyusuan ibu-ibu dimudahkan dan berjaya. InsyaAllah. Jika ibu-ibu ingin berkongsi dengan saya tentang info dan sedikit ilmu penyusuan boleh menghubungi saya di talian +60127894742. 

Salam Sayang 
Momy Zura Betty
~Mencari KeredhaanNya di dalam Penyusuan~





Post a Comment

 
Top