3
Bulan ni dah masuk bulan November. Biasalah Bulan November para guru sibuk mengedarkan prestasi sekolah anak-anak. Alhamdulillah keputusan Amsyar dan Fayyadh amat memberansangkan. Saya memang memilih makanan yang terbaik untuk tumbeseran anak saya dan memberi mereka vitamin untuk perkembangan otak yang sihat. Vitamin atau suplement untuk tumbesaran otak anak-anak adalah merupakan satu nutrisi wajib yang perlu diambil oleh semua ibu bapa dewasa ini. Hal ini kerana, pemakanan anak-anak sekarang boleh mempengaruhi kecerdasan otak anak-anak. Jangan di ambil mudah ye ibu ayah sekelian.

Vitamin untuk perkembangan otak anak-anak sangat perlu bagi menampung beban pembelajaran yang saya sendiri rasakan semakin mencabar dewasa ini. Sebagai contoh... Amsyar, saya sekolah kan di Sekolah Agama Swasta dan jumlah mata pelajaran yang terpaksa beliau ambil melebihi dari anak-anak di sekolah biasa. Jika anak-anak di sekolah biasa hanya mengambil 5 mata pelajaran wajib.., tapi Amsyar terpaksa ambil 12 mata pelajaran. 

Sebab itu saya memang cuba untuk berikan yang terbaik untuk perkembangan minda beliau dan vitamin untuk otak adalah satu makanan wajib untuk anak-anak saya. Dan Omega Shaklee adalah antara vitamin wajib untuk anak-anak saya. 

Tengok Muka Orang Terlebih Fokus Tu..!

Membentuk Daya Fokus

Sabtu lepas merupakan hari perjumpaan ibu bapa dengan guru bagi membincangkan tentang pencapaian anak-anak. Kebetulan sekolah Amsyar dan Fayyadh serentak memilih 1hb sebagai hari perjumpaan ibu bapa. Pagi-pagi lagi kami dah siap untuk ke sekolah Amsyar. Saya dok risau juga sebenarnya. Macam manalah dengan result anak sorang ni. Yelah kebelakangan ni banyak main sikit. 

Seperti biasa ulasan utama guru beliau. "Amsyar ni banyak sangat cakap Zura, kadang kita tengah mengajar dia dok bersembang kat belakang, TAPIIIIIII maslahnya bila kita tanya boleh pulak dia jawab.., daya FOKUS BELIAU memang kuat" haa tu diaa.. Nie memang benda yang berulang-ulang cikgu dia dok ngadu kat saya. Kalau saya call cikgu dia sesekali pun tetap benda yang sama diulang-ulang.

Omega Shaklee Membantu anak-anak saya Membentuk Kreativiti Mereka

Sampai cikgu nak denda pun tak boleh kadang-kadang.., sebab walau macam mana dia bising kat kelas. Tiap kali cikgu tanya soalan atau tanya apa yang tadi cikgu ajar dia boleh jawab dan ulang dengan perfect. So cikgu pun pening nak denda. Adeh.. Tapi mama tetap marah ye Amsyar sebab awak bising dalam kelas. Huhhh.

Menguatkan Daya Ingatan

Haa yang ni bukan hanya pada Amsyar.. tapi kesannya pada kesemua anak-anak saya. Alhamdulillah.. Mereka mudah menerima pelajaran dan mudah mengingat. Sebagai contoh Adam walau baru berusia 3 tahun. Banyak doa-doa ringkas yang sudah mula dihafal. Begitu juga dengan Amsyar. Alhamdulillah beliau sudah mula menghafal yasin ketika umurnya 4tahun dan sudah hafal surah-surah di juzuk 30 Al-Quran.Video di bawah ini diambil masa Amsyar berumur 4 tahun 

Alhamdulillah.. Result yang Memberansangkan..! :)

Fayyadh juga tidak kurang hebatnya, Memang agak tidak adil jika saya bandingkan perkembangan Fayyadh dengan Amsyar. Kerana setiap anak itu unik dan berbeza. Namun begitu jika dilihat pada prestasi beliau.. Perkembangan Fayyadh juga tidak kurang hebat. Dia tidak mudah putus asa mencuba dan terus mencuba sehingga dia menguasai sesuatu ilmu itu. Walaupun Fayyadh masih belum dapat mengenal huruf secara spesifik akan tetapi beliau telah lancar membaca suku kata. Haa yang ni agak pelik sikit. Dia memang belum kenal huruf sepenuhnya. Tapi membaca suku kata sudah lancar dan dah masuk buku tiga. Yang ni I pun pening.. Tapi tak pe.. Setiap anak ada kelebihan masing-masing.


ALhamdulillah.. perkembangan anak-anak saya amat memberansangkan. Saya juga berikan anak-anak saya Mealshake sebagai makanan tambahan untuk memastikan mereka mendapatkan nutrien yang cukup untuk terus membesar dengan sihat dan bijak.

Meh baca.., Kenapa saya memilih Omega Shaklee sebagai Vitamin untuk perkembangan Otak anak-anak saya. Apa yang ada di dalam Omega Shaklee..??

Mengapa Omega Shaklee...?

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
Jika Anda ingin mencuba Produk ini.. Jangan segan silu.. Boleh Order di sini :)
omega Shaklee
 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 869773]
012-7894742

Post a Comment

  1. Zura, video tu tak dapat tengok. Awak setting Private.

    Alhamdulillah, saya pun bagi anak makan omega

    ReplyDelete
  2. Ok dah public kan.. ehehehe.. tq kanda

    ReplyDelete
  3. moga jadi contoh utk ibu2 yg lain..

    ReplyDelete

 
Top