0
Hari ni nak mengimbau kenangan Majlis Master Celebration saya. Master Celebration merupakan satu Majlis yang merai kejayaan mereka yang telah mencapai pangkat MASTER di dalam Shaklee. Perlu melangkah setapak demi setapak dari Distributor hingga ke Master. Alhamdulillah saya berjaya memenuhi kehendak itu dalam masa 13 bulan secara aktif ber Shaklee. Namun memegang Gelaran Master bukan lah satu kebanggaan. Tapi di sini sebenarnya bermula perjalanan untuk terus melangkah dan terus menyentuh kehidupan lebih ramai insan di luar sana.

Terima Kasih PM Cery & Nazri serta Pm Nur Laila yang Sudi menjadi VIP merangkap Speaker pada Majlis Tersebut

26 Oktober Tarikh Keramat

Ok berbalik pada cerita Master Celebration saya. Sengaja saya memilih tarikh 26hb Oktober 2013. Tarikh ini amat bermakna dalam hidup saya. Pada tarikh 26hb Oktober saya mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee pada 26hb Oktober juga anak kedua saya dilahirkan, dan 
26hb Oktober 2013 genap dua tahun saya menjadi sebahagian daripada Shaklee Family. 
Bangganya muka Shuben I

Master Celebration merupakan satu Majlis gilang gemilang yang ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat bagi meraikan kejayaan seseorang Master. Pendek kata kita cuma sediakan badan sahaja. Bagi tahu sahaja mereka hotel mana yang kita mahu, konsep apa yang kita inginkan, menu makanan apa yang kita mahu sajikan. Semua akan disediakan 100%. Diraikan bak raja sehari. Lebih kurang macam bersanding sekali lagi la.. 

Lebih seronok dari Konvokesyen Katanya

Ada ibu kepada sahabat saya yang hadir pada majlis Master Celebration memberi tahu. Majlis konvo kamu dulu pun tak best macam ni. Best sungguh Majlis Master Celebration ni. Haa tu dia.. Kalau mak sendiri dok cakap Master Celebration jauh lebih best dari konvo.. Memang best laa kan maksudnya. 

Barisan Master Coordinator yang Hebat
Alhamdulillah ramai yang hadir pada Majlis hari itu, tetamu jemputan melebihi 350orang terdiri dari anak cucu cicit saya sideline dan rakan-rakan bisnes. Terima kasih saya ucapkan pada yang hadir. Ianya sangat bermakna untuk saya.

Ermm Majlis Master Celebration merupakan satu Majlis untuk kita berkongsi perjalanan manis, suka duka sepanjang kita mendaki setapak demi setapak. Pada hari itu juga saya secara official nya memberi tahu ibu saya.. yang saya sudah meletak kan jawatan sebagai Peguam. Selamani saya tak pernah berterus terang secara peribadi dengan beliau. Entahlaa, tak tahu kenapa. Berat benar mulut nak berbicara.

Acara Potong Kek sebagai Tanda Kelahiran Master

Kejutan Demi Kejutan

Majlis yang penuh dengan kejutan. Saling surprise dan di suprisekan. Terima kasih untuk anak cucu Zero to Millionaire. Anda merupakan kekuatan saya. Tanpa kalian tidak mungkin saya berada di pentas itu. Jutaan terima kasih juga buat upline saya Master Shareeza dan Master Nur Laila. Pertemuan saya dengan upline saya satu ketika dahulu semuanya berpunca kerana PENYUSUAN. Bertemu kerana anak. dan apa yang saya dapat hari ini adalah menumpang tuah anak-anak saya. Terima kasih Ya Allah. 
Anak-anak yang awesome.. ! Sesi kejut mengejut

Siapa sangka.., saya yang suatu ketika dahulu amat anti dengan suplement boleh berjaya hari ini kerana suplement. Unik bukan percaturan Allah. Tulah.., kalau benci.. janagn benci sangat.. Nanti timbul rasanya sayang. Serius saya sayang kan Shaklee sangat-sangat. Dengan Shaklee banyak yang saya belajar. Banyak merubah diri saya yang dahulu dan saya yang sekarang luar dan dalam. Haa gitu sekali tau.. :)

Anda Juga Layak Berjaya..!

Sebenarnya semua orang juga mampu dan layak untuk berjaya. Termasuk anda yang sedang membaca tulisan hati saya ini. Kita semua berbeza.., berbeza dari latar belakang kehidupan.. 
berbeza dari onak liku suka duka pelayaran di pentas ciptaan Allah ini. Punya 
kisah hidup yang berbeza. Kisah saya dan kalian tidak mungkin sama sekali. Allah Maha adil.. 

Tak bermakna anda harus join Shaklee, maka baru kehidupan anda akan berubah. baru anda akan berjaya. Tidak sama sekali. Kunci utama kejayaan adalah "HATI". Setiap apa yang kita lakukan pastikan ianya datang dari HATI yang IKHLAS dan BERSIH. Bak kata Mentor saya dahulu.., "Do What You Love, Love What You Do.. and The Rest Will Follow" Siapa sangka saya yang dahulunya anti supplement boleh success dengan dunia supplement. Kita hanya merancang.. 
tapi DIA yang maha menetukan segala..
Bakal Master Coordinator..! Yeahhh..!

Perubahan 100%

Alhamdulillah.. saya bahagia dengan kehidupan saya hari ini. Anak-anak terus membesar di depan mata. Saya punya financial freedom.. Saya punya kebebasan masa yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.. Syukur.. Saya berdoa agar saya tidak lalai dan hanyut dalam ujian yang diberikan. Sesungguhnya ujian kesenangan itu lebih berat dari ujian kesusahan. Nauzubillah.. Moga Allah jaga hati saya.. Moga Allah terus pelihara saya dan sahabat-sahanat semua. Aameen.

Anda bagaimana..? Anda nampak dan sedar tentang sesuatu di dalam diri anda..? 
Ingin menjadi sebahagian dari kami..? Punya azam dan tekad yang kuat untuk berjaya..? 
Tapi ingat ye.. bukan senang nak senang. Tiada orang yang boleh merubah kehidupan kita. 
Jika kita sendiri tidak berusaha dengan kuat untuk merubahnya. Ramai yang nak senang.. 
Ramai yang nak berjaya.. Tapi sanggup kah anda semua bayar nilai PENGORBANAN untuk meraih kejayaan itu.. Tanya dan muhasabah diri masing-masing. Berani untuk bermimpi..? 
Saya tidak akan menjanjikan emas dan permata jika anda menyertai kami. Tapi jika anda sendiri nampak "sesuatu" di dalam diri anda. Dan anda yakin mampu untuk berjaya, Silakan.. 
Kecil tapak tangan Nyiru saya tadahkan. 
Boleh berhubung terus dengan saya. :) InsyaAllah

Kami..!


Salam Sayang
Mommy Zura   
SMS/WA/Call : 012-7894742
Independent Distributor 
[ID No : 869773]


Post a Comment

 
Top