4


Wow..! Blog ni bukan tahap bersawang dah..! Sampai dah tak nampak jalan dah..! Hahahaha.. Hamekk..! Kurang 4 bulan Genap setahun laa Blog ni tak ber hapdet..! Nampak tak kemalasan hakak di situ..! Kira ni Entry pecah telur laa setelah setahun menyepi..!

Semua apa khabar..? Di harap semua sihat sokmo ok..! Sebelum tu.., masih belum terlambat rasanya akak nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. jika ada tersalah silap atau menguris hati dengan penulisan hakak tanpa di sedari..!

Ermm sebenarnya ari ni, dengan suka hatinya akak nak share resepi Soto Madura ala Chef Nazura.. suka hati aku je kan bagi nama.. hahahaha.. Atas Permintaan ramai peminat-peminat maka dengan sukanya akak share resepi ituew di sini ye (perasan tak sudah)

Haa Jom jengok apa Bahan-bahan yang diperlukan.. Jangan tengok je tau.. Dah tengok kene laa Cuba..! ;)

Bahan Wajib Untuk Soto
********************
  • Ayam
  • Nasi Himpit (saya selalu guna Ketupat segera Adabi jek)
Bahan Untuk Kuah
****************
  • Air Rebusan Ayam
  • Bawang Besar (dikisar)
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Serai (dikisar) - akak suka letak serai lebih.. baru wallaa rasanya..!
  • Empat Sekawan
  • Hirisan Bawang Putih dan Bawang Merah
  • Rempah Soto Sharifah
  • Santan Kara
  • Kerisik
  • Garam
Bahan Untuk Hiasan
*****************
  •  Ayam yang disiat-siat
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng (Jangan guna yang instan, Sila rajinkan diri untuk goreng sendiri, Saya suka taburkan sedikit garam pada bawang sebelum mengoreng)
  • Bagedil 
  • Sambal Kicap
  • Soo Hun Goreng
  • Taugeh
  • Kacang Tanah Goreng
Sedap diratah begitu sahaja.. Jangan lupa taburkan sedikit garam sebelum mengoreng

Bahan Untuk Sambal Kicap Meletups
*******************************
  • Cili Padi Kampung
  • Cili Padi Biasa
  • Bawang Putih  (akak suka lebih bawnag putih, kasi hilang segala hangin dalam badan, hahahaha)
  • Kicap Kipas Udang Masin
  • Limau Kasturi
  • Sedikit Gula

Cara Menyediakan Kuah
********************

Rebus Ayam di dalam periuk sehingga masak. Angkat dan tos kan airnya.. Air rebusan ayam tadi jangan dibuang ye, sebab akan digunakan untuk kita masak kuahnya nanti..! Selepas Ayam di toskan Sila goreng ala-ala je.. Agak-agak kekuningan angkat dan toskan minyaknya..! Ayam dinasihatkan jangan potong terlalu kecil.. Saya biasanya belah empat je.. Kemudian Siata-siat isi ayam u.. Part ni mak hakak malas.. so sila cari mangsa untuk membantu anda menyiat ayam..! hahhahaha.. Oh ya.. tulang-tulang ayam tu jangan di buang ye.. Masukan kembali ke dalam kuah ituew..!

Panaskan kuali, (hakak suka tumis rempah tu dalam kuali) Kemudian;
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus bersama Empat sekawan. Tumis Sehingga naik bau dan bawang kelihatan kekuningan.
    Time nie sure anak-anak masuk dapur tanya "Mama, masak apa tu..? sedapnya bau.."
  2. Ihsan Google... Inilah dia Rempah Syarifah :) 
  3.  Masukan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga garing ye. Kemudian masukan rempah Soto Sharifah, (ikutlah uols suka jenama apa, tapi ni memang pilihan saya) Saya hanya gunakan 3-4 sudu besar sahaja untuk seekor ayam.. Tumis sampai rempah tersebut benar2 garing. (Kang sakit perut tak tau ye kalau tak garing)


  4. Masukan Kerisik bila rempah yang ditumis tadi sudah benar2 garing. Kemudian masukan bahan-bahan yang telah ditumis ini kedalam periuk yang berisi air ayam dan tulan temulang ayam2 tadi..! panas kan sehingga mendidih, masukan santan..! hakak guna santan kotak kara sahaja.. Santan biasanya hakak letak dalam setengah kotak kecil tu sahaja. Ok so siap dah laa kuah tu. Now jom tengok cara buat Sambal kicap meletup pulak..!
Goreng kasi Garing
Masukan santan dan kacau..! Supaya tak pecah santan kata orang tua-tua



Cara Menyediakan Sambal Kicap Meletops
***********************************
  1.  Kupas Bawang Putih, bersihkan cili padi, ptong limau kasturi, buang bijinya dan ambil air perahan limau tersebut.
  2. Masukan semua bahan2 tadi ke dalam blender, Cili padi, Bawang putih, perahan air limau, Kicap dan sedikit gula, akak x letak air sebab nanti tak pekat n tak syok rasanya..! Adjust rasa manis ikut kesedapan tekak masing2 ye.
Cara Menghidang (kelas kau jah.. siap cara menghidang pun tulis.., hahahahha)
****************************************************************
  1. Potong nasi Himpit, letak didalam mangkuk bersama ayam yang telah diracik-racik.. Tuang kan kuah ke dalam mangkuk tersebut
  2. kemudian hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah yang telah di goreng, taugeh (orang johor guna taugeh mentah, tak yah celur), soo hun goreng, dan letak kan sedikit sambal kicap.
  3. Sedia untuk dinikmati.. 

Terlupa Snap gambar dalam pinggan..  Lapar Sangat dah :P

Senang dan mudah je bukan.. :) Selamat mencuba.. Tetiba akak rasa terliur pulak.., nak g panas kan kuah soto semalam buat breakfast..! Jumpa lagi ye semua :)

Salam Sayang
Mommy Zura Betty

Post a Comment

  1. Assalam master zura...

    terima kasih share resepi..nak tanya sikit..kerisik tu buh banyak mana yer?

    ReplyDelete
  2. Kerisik tu agak2 je.. dalam dua @ tiga sudu besar utk seekor ayam ckup dah

    ReplyDelete
  3. Ermmm sedap ni.. boley try la.. saya suke soto ;)

    ReplyDelete
  4. Cuba.. jangan tak cuba.. nanti share review ok :)

    ReplyDelete

 
Top