1
Salam Jumaat semua. Wah datang angin rajin nak update blog, hari-hari cerita dok bertukarkan. Kalau tak sampai naik bersawang blog nie di tinggalkan. Huhuhuhu, maaf laa ye! erm hari nie saya nak kongsikan cerita adik kepada kawan saya Siti Fithriah, iaitu Dr Siti Nawwal. Walaupun ramai sebenarnya Doktor-doktor diluar sana yang menolak untuk mengambil supplement dalam kehidupan seharian. Tapi tidak pada Dr Nawwal.

********************************************* Mari kita kongsikan bersama cerita Dr Nawwal yang beliau emailkan sendiri kepada saya;  

"...........Kesedaran tentang kepentingan menyusukan anak dengan susu ibu telah lama timbul even sebelum mengandung kerana education background saya sendiri iaitu dalam bidang perubatan dan kesedaran bahawa menyusu merupakan sunnah Rasulullah. Saya menjadi lebih teruja apabila melihatkan kakak dan kakak ipar yang gigih menyusukan anak2 mereka secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan hingga 2 tahun.

Saya juga sedar menjadi ibu berkerjaya bukanlah sesuatu yang mudah tambahan pula dengan jadual kerja yang sentiasa berubah dan sangat sibuk, faham2 sajelah kerja sebagai houseman di hospital kerajaan.
Persediaan awal saya lakukan dengan membuat pembacaan sepanjang tempoh kehamilan dan juga sudah siap membeli breastpump dan botol2 dan plastik khusus untuk menyimpan susu yang diperah nanti.

Alhamdulillah, setelah selamat melahirkan (bersalin secara pembedahan) bermulah episod perjuangan memberikan susu ibu kepada anak kesayangan. Saya bersyukur kerana perjalanan saya sangat dipermudahkan. Pada hari ke-3 berpantang, breast saya dah mula engorged dan mengeluarkan susu. Tiada masalah crack nipples atau baby meragam kerana tak cukup susu (mungkin kerana persediaan rapi dan hasil ilmu yg diperolehi daripada kakak2 dan kawan2 yg berpengalaman, sebab tulah sangat penting untuk buat persediaan semasa tempoh mengandung).


Mesti ramai tertanya2, kalau camtu kenapa nak ambil supplement Shaklee???


Saya mula mengambil supplement Shaklee breastfeeding set pada minggu ke-3 berpantang lepas direkemenkan oleh Kak Zura melalui kakak saya. Masa tu, saya pun tak tahu sangat tentang Shaklee, cuma pernah minum ESP masa bulan puasa (sebab mak dan kakak minum), tapi masa tu tak suka pun ESP.hehehe. 


Niat awal saya makan supplement ni sebab nak tambah susu badan. Saya dah mula perah susu pada minggu ke-2 berpantang. Masa tu, sekali perah cuma dapat kurang 2oz. Biasanya saya bg baby nyusu sebelah dan sebelah lagi pam utk simpan. Tapi saya tetap gigih mengepam walau cuma mampu simpan 5oz sehari. Tapi lepas makan supplement Shaklee, perubahan pertama yang saya rasa adalah badan lebih bertenaga dan tak mengantuk pada waktu siang walaupun malamnye tak cukup tidur. Seminggu lepas tu, susu badan saya mula bertambah. Saya berjaya simpan stok ebm 10oz sehari. Sejak itu, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee.

Perbezaan Susu Perahan Saya Selepas dan Sebelum Mengambil ESP
Selepas habis pantang, saya mula minum ESP. Kali ni perubahan yang lebih memberansangkan. Sekali pam bole dapat 4oz. Susu lebih pekat dan warna kekuningan. Baby pun cepat kenyang dan tak menetek lama2. Saya rasa sangat syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan Shaklee dan sebab itulah saya bertekad menjadi salah seorang distributor kerana ingin berkongsi kebaikan produk ini dengan orang lain juga.
Stok Dari Ipoh Ke Kajang
Pada saat ini, stok ebm saya sudah lebih 500oz, alhamdulillah...Dan saya mengambil set M untuk memastikan niat murni saya untuk mencapai exclusive breastfeeding selama 6 bulan dan melengkapkan penyusuan menurut sunnah selama 2 tahun akan menjadi kenyataan inshaAllah...


Dr Siti Nawwal Ahmad Nasfy


HP:019-7778443
Emel : 


arukas_snan@yahoo.co
m
COD Area: Kajang, Bangi, Semenyih, Balakong

*********************************************************
Terima Kasih Dr Nawwal sebab sudi emailkan pengalaman beliau kepada saya. Anda juga boleh menghubungi Dr Nawwal, beliau pengedar sah Shaklee. Boleh tanya beliau sendiri tentang pengalaman beliau bersama Shaklee juga jika mahu mendapatkan produk Shaklee.
Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 012-7894742 email:naluriibue@gmail.com. ;)
Salam Sayang Mommy Zura

Post a Comment

  1. Salam dear. Saya fara. Saya nak mintak izin share gambar susu selepas dan sebelum ambil esp ye.

    tq :)

    ReplyDelete

 
Top