1
Assalamualaikum n Salam sejahtera mommy-mommy comel semua..! Wah kejap je kita dah masuk bulan March, merupakan Tahun Kewangan Baru 2012/2013 dalam diari kehidupan saya. Semoga impian saya dan impian Mommy di luar sana juga terlaksana. Erm hari ni saya nak kongsikan tentang satu teknik mendidik anak-anak. Teknik ini saya selalu ajarkan kepada customer saya yang anak mereka menolak untuk direct feeding. Alhamdulillah, jika mommy lakukan nya secara ikhlas, yakin akan kekuasaan Allah insyaAllah berjaya. Teknik ini juga boleh di aplikasikan bersama dalam seharian kita mendidik anak-anak. InsyaAllah


Shichida Method, rasanya ramai yang dah tau kan teknik ni, tapi tak pe saya tetap nak highlight kan sebab saya memang yakin dengan teknik ini, jika konsisten dilakukan memang membuahkan hasil yang memberansangkan. Jom kita mulakan.., ;)


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia  anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai  dsb.

Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang  bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat  seikhlas hati. Kalau tengah marah, atau lepas marah tak jadi. Kalau anak  tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan  dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. 



Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak, bisikan ditelinga bayi anda, katakan yang mommy sayang kamu, mommy mahu berikan yang terbaik untuk kamu, mommy mahu kamu minum susu hasil dari tubuh badan mommy. Mommy mahu menyusukan kamu, Pujuk anak itu untuk mereka menghisap breast kita. Rayu dia, curahkan kesungguhan dari hati. InsyaAllah anak yang menolak df selama ini, keesokan harinya sebaik sahaja dia bangun dari tidur cuba Mommy semua sua kan breast untuk baby hisap, pasti dia akan mula menghisap sedikit-sedikit walaupun hanya main-main, teruskan sehingga dia mahu dan menerima semula direct feeding.


2. Start guna cards untuk ajar anak,  ajar ABC-Z guna card, buat card banyak-banyak dan tunjuk kat anak-anak cepat-cepat. macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau  cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap
apa benda yang kite tunjuk tu. Kita boleh buat  card 1,2,3, gambar-gambar, potonglah gambar kat  mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari  otak kanan, so ajar anak-anak main tanah liat, main water  colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang la kita yang kene mengemas tapi takpe..... satu lagi cuba  Mommy lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yang Mommy  lukis tu kat sebelah lagi... ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jgn marah-marah  atau tengking anak...! sebab mereka boleh  simpan semuanya dalam otak kiri. kalau termarah mereka, refer semula cara no 1 tadi, and mintak maaf kat  die. Ingat jangan ingat kita ibu, kita lebih tua kita tak perlu minta maaf dengan anak.

5. Satu lagi develop they all punya imagination dengan cara mula berceritapada mereka dan suruh mereka sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu  takpa. kita pun bukan tak biasa merapu kan.

6.  Main teka-teki dengan mereka, letak satu barang dalam kotak tissue and suruh dorang teka apa benda tu. Saya biasenya tiba-tiba tak kira masa, jika ada waktu yang sesuai, saya akan ambil sesuatu dalam gengaman secara spontan, dan terus suruh anak-anak teka apa ada dalam gengaman saya. Simple dan tak susah mana, tapi seronok. Pastikan kita dalam mood relax n anak-anak juga dalam keadaan yang tenang.

First few times boleh bagi option macam, bagi tau colour, bunyi, lama-lama mereka boleh develop six sence by concentrating mereka boleh teka apa benda dalam kotak tisu tu........ ni semua utk aktifkan otak sebelah  kanan.

Tapi ingat.....semua game yang Mommy nak buat dengan anak-anak tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebab budak cepat jemu. Lebih baik buat sekejap tapi sentiasa diulang-ulang. Buat mereka ternanti-nanti apa yang kita akan lakukan untuk ajak mereka bermain.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas  dalam-dalam and relaks... tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka,  tak jadi....!

Buat kena ikhlas, ini semua satu cara yang Allah lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita tetap kena berusaha, dan bersyukur  kalau dah berhasil sebab bila-bila Dia boleh tarik  balik.

Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu Mommy semua dalam mengharungi perjalanan yang amat mencabar dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah.



Salama sayang,
Mommy Zura

Post a Comment

  1. thanks for sharing mommy zura!!! i love reading ur blog!!! do share more please =)

    ReplyDelete

 
Top