15


Assalamualikum Ibu-ibu yang dirahmati Allah sekalian, bertemu lagi kita di coretan bisu tanpa suara ini. Kebelakangan ini saya sering ditanya oleh ibu-ibu tentang bayi mereka menolak untuk hisap terus (direct feeding) breast mereka. Di sini ade sedikit ilmu yang mungkin boleh kita kongsikan bersama untuk mengatasi dan mengenalpasti maslah ini.

Sebagai ibu yang bekerjaya, memastikan bekalan susu yang mencukupi untuk ditinggalkan kepada pengasuh ketika keluar bekerja adalah sesuatu yang sangat memeningkan kepala jika tiada perancagan dan ilmu yang kukuh dalam hal penyusuan ini. Apatah lagi jika bayi langsung tidak mahu menyusu secara direct feeding walaupun pada waktu dan ketika itu ibu berada bersamanya. Ramai sebenarnya ibu-ibu yang menghadapi maslah sebegini. Di sini kekuatan semangat untuk menyusu itu penting. Jika kekuatan itu tiada, maka perjuangan ibu itu tewas sebelum berperang. Maka bermula lah episod baru bayi dan susu formula. Bagi yang kental jiwanya akan memilih exclusive pumping sebagai satu jalan yang harus dilalui dengan penuh liku.

Hal ini kerana tiada pam yang lebih baik dari mulut comel bayi itu sendiri. Dan sering berlaku ibu yang melakukan exclusive pumping berkemungkinan berlaku pengurangan susu. hal ini disebabkan kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi. Dan adakalanya maslah ini timbul ketika bayi beralih bulan dan tiba-tiba kurang minat terhadap direct feeding.


Persoalannya, Apakah Punca Hal Ini Berlaku? Bagaimana pula mahu mengembalikan minat bayi untuk menyusu terus (direct feeding)? Ada dua kemungkinan hal ini berlaku.

  • Susu yang terlalu banyak
Keadaan ini kebiasannya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada masa ini sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula di dalam fasa mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini bayi agak sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu terus daripada ibunya.

  • Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direct feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula.  Ini kebiasannya disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah mengerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu mengerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.


Bagaimana Cara Mengatasi Maslah Ini?

  • Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan maslah jaundice bagi bayi yang baru dilahirkan.
  • Sekiranya payu dara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan.
  • Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya.
  • Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya bagi yang menggunakan pam manual seperti saya. 
  • Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti nak mengajar mereka menyusu melalui botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walaupun sedikit, tetapi jangan memaksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Susukan kembali ketika mereka kelihatan haus. Kebiasannya menyusu kan bayi ketika mereka separa sedar (dalam keadaan mamai) agak mudah
  • Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secar aberkala. Contohnya, sejam sekali atau setengah jam sekali.
  • Susukan bayi dalam suasana yang tenag. Jauhkan dari kebisingan dan gangguan. Emosi ibu ketik ajuga harus dalam keadaan yang relax dan tenang.
  • Ambil peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan bayi, banyak kan sentuhan dengan bayi.
  • Elakkan pengunaan poteng kosong kalau boleh haramkan pengunaan poteng kosong pada bayi anda.
  • Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walaupun ketika berada di tempat awam. Pelajari teknik penyusuan di tempat awam.
  • Jangan marah dan jangan memaksa bayi anda. Sabar..! sabar..! sabar..! Takkan buat sekali terus berjaya. Luangkan masa yang ada di antara anda dan bayi
  • Doa yang berterusan agar usaha ibu-ibu semua dipermudahkan.
  • Jangan Putus Asa, jika rasa down boleh call saya.., InsyaAllah saya akan bantu kembalikan semula keyakinan ibu-ibu semua. ;) 

Sekian.., salam sayang ikhlas dari
Mommy Zura
012-7894742
;)

Post a Comment

  1. salam..sy da cube usaha supaya anak sy menyusu direct terus..tp die tetap jugak tidak mahu hisap..mcm mane ye??sy da buntu nk pk kn..

    ReplyDelete
  2. sm ngan sy..puas da pujuk..hr2 nanges bila bb xnk df..susu da makin kurang skang nie..sdh sgt2

    ReplyDelete
  3. baby baru 2minggu....hnya 6x je direct feeding.....sy paksa gak pam susu...xpe xnk minum direct jnji minum yg dh pam...mgalir air mata gak bby tolak direct feeding....tp xpela....sbr lg...sy brharap sy xtrlmbt utk susukn die sorti sptutny....trasa gagal plk...tp xnk putus asa...nk trus mncuba!:-) sy yakin boleh!

    ReplyDelete
  4. baby baru lahir..tp xnak direct..akhirnya jaundis..trpaksa bg botol...still xnk hisap gak..tp puting botol keras,boleh jolok2 mulut dia n dpt hisap..masalah skg dia klu direct mmg kemam aje...huhuh u.apa sbb nya boleh jd gini ye?

    ReplyDelete
  5. baby sye pre mature. x pndai nk df sbb inverted nipple. mulut kecik sgt. skrg try bg bm melalui botol.. still berusaha utk die df.. kdg2 kesian sbb die xle gne tenaga sgt sbb nnt pernafasan die terganggu so terpaksa la sumbat je botol. hopefully ble dh bsr dia nk df.

    ReplyDelete
  6. salam...sy sekarang mengalami masalah ini...sy risau sgt rasa. baby sy dah 5 bulan. baby sy minum secara botol dgn pengasuh lebih kurang 12 jam & bila malam pun dia tak mau df. kadang2 dia mau kadang2 tak mau...sy terpaksa bagi guna botol. dia hanya akan minum df bila time dia mamai antara pukul 1 pg - 7 pg...waktu lain mmg xmau...kalau sy dia bersama sy weekend pun dia xmau df..dlm sepanjang siang dari 7 pg - 7 ptg tu minum df dalam 3 kali ke itu pun saya cuba mcm2 cara secara berbaring ke kiri ke kanan. tp sy tetap pam susu every 2-3 jam. sy takut effect production susu bila baby kurang minum df. sebelum ni xde masalah ni baru2 ni je baru jd camni...tq. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yatie othman5 June 2013 07:15

      Puan SaraHSsl..mslh dan cara puan sama seperti sy...macamana kt nak atasi msh ni.sy sedih sgt..

      Delete
  7. Sy pn sama ngn puan2 di atas.sdh..seminggu lg dh naik keje.susu dh mkn kurang

    ReplyDelete
  8. Saya pun smaa..mmg sdh sgt..mcm2 cara bt..kdg menitis air mata bila anak tolak direct feeding..aanak nyusu direct bila nk tdo mlm smpi dy terjaga pgi esoknya..tp kdg2 mula2 nk tdo sgt ssh sbb biasa dy direvt feeding trs tdo..kdg xnak direct trpksa bg btol susu utk tdo n dh ngis2 bru tdo..cian tgk..mmg sdh..rasa hlg nikmat ank hsp direct..tp sy msh berdoa xpts2...

    ReplyDelete
  9. sy pun mengalaminya skrg.. sedihh.. rindu ank df.. T.T

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing

    Free2 singgah la online store saya Baby Shop Malaysia

    ReplyDelete
  11. Untung jgk puan2 yg baby still n bf wlau 2 3kali..baby sy skg da sebulan da stil xreti2 nk bf bl bg dia just kemam2 tp nk kne picit smp susu kuar baru dia nk kemam then dia lepas n mengamuk..maslh susu sy makin kurg n bl pam nk dpt 1oz pun sush..pening pale dok pikir..

    ReplyDelete
  12. Saya pontengah mengalaminnya....sedih..menangis..baby saya baru masuk 7bulan..mmg xpernah ada masalah direct feed...walaupon siang dia dengan pengasuh, malam mmg akan df...
    dalam 3 hari lepas dia demam then air liur keluar je..check doc ada ulser kat tekak...so mmg dia xnk df..semalam dah ok ulsernya tapi dia masih menolak..nk minum botol je..even tengah2 malam pon sama.
    saya ada baca babycenter tadi tentang isu ni-bayi mogok menyusu badan. very informative. so saya galakkan ibu2 semua pon baca.
    Saya kita doakan agar saya dan ibu2 semua istiqomah dan bersemangat menyusu badan selama 2tahun dan diredhai Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, share link babycenter tu... Sy pun lbh krg sama ni... Sedih

      Delete

 
Top