0
Assalamualaikum mummy comel semua, ape khabar.. hari nie nak kongsi sedikit ilmu tentang beberapa istilah yang agak menarik;

Azal ialah perbuatan si suami yang menumpahkan air maninya di luar vagina isterinya ketika melakukan hubungan jenis

Azal adalah salah satu cara untuk menjarakkan kelahiran, lebih kurang maksudnya macam perancang keluarga la. Bagi umat Yahudi, azal ni berdosa kerana dianggap telah melakukan pembunuhan secara tersembunyi, sebab nutfah yang sepatutnya tumpah ke dalam rahim isteri diputuskan. Hal ini walau bagaimanapun dibantah oleh Rasullulah SAW, bahawa memutuskan nutfah dengan menumpahkannya di luar vagina bukanlah perbuatan tercela kerana nutfah bukanlah barang yang berjiwa. Rasulullah menegaskan jika Allah mengkehendaki, orang yang melakukan azal pun boleh saja membenihkan anak. Oleh itu, dalam Al-Quran tidak ada larangan perbuatan ini. Samalah juga halnya dengan proses-proses perancangan keluarga yang lain.

Azal ni perbuatan yang mubah, iaitu boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya, tetapi perlulah dapat persetujuan si isteri terlebih dahulu.

Ghail ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang hamil.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab menganggap persetubuhan ketika isteri sedang hamil akan merosakkan janin dalam kandungan, boleh menyebabkan keguguran atau bayi meninggal. Anggapan ini sedikit sebanyak mempengaruhi Rasulullah ketika itu, tapi apabila Rasulullah melihat bukti-bukti yang terdapat pada bangsa Rom dan Parsi yang mengamalkan ghail ini, baginda tidak menyatakan keinginannya dalam bentuk larangan.

Oleh itu, Rasulullah tidak melarang suami mengauli isterinya yang sedang hamil. Perbuatan ini juga adalah mubah, pilihan setiap individu selagi mana ianya tidak merosakkan kesihatan suami dan isteri.

Ghilah ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang menyusu badan.

Masyarakat arab sebelum kedatangan islam menganggap hubungan jimak suami isteri yang menyusu itu salah, sebab dibimbangi si isteri tu hamil dalam keadaan menyusu. Alasannya sama juga macam ghail, Rasulullah juga tidak melarang perbuatan ghilah ini berpandukan kepada bukti-bukti yang ada pada bangsa Rom dan Parsi. 

Dalam konteks hamil dan menyusu ini, ada sesetengah pihak yang memandang ianya salah berpandukan situasi di atas tanpa melihat dengan lebih dalam lagi asal usul nas terbabit. Wallahuallam.. 

Dipetik dari buku "90 Kedamaian Suami Isteri" hasil nukilan Muhammad Thalib. 

Post a Comment

 
Top