10
Salam Mommies apa kabar..? Semoga kita semua terus menjadi ibu-ibu yang bahagia dan membahagiakan insan-insan disekeliling kita. Pagi tadi sementara update feed di laman Facebook saya tertarik dengan post oleh Hafsah Mardihah  yang berbunyi:

{Aktiviti menyusu apabila disertai dengan niat yang baik dan mengharapkan keredhaan Allah, tentu akan memberikan hasil yang optimum dengan keizinan Allah. Diriwayatkan bahawa 'Amr Bin Abdullah berkata kepada isterinya yang sedang menyusui anaknya "Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak}

Secara tak langsung telah mengerak kan jejari saya di keyboard ini untuk berkongsi sedikit cerita mengenai pengalaman awal saya menyusukan anak saya. Saya berkahwin di usia yang agak muda iaitu 23 tahun, ketika saya menuntut di tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dah jodoh, ;) kalau tak kawin dulu rasanya sampai skang kot tak kawin sebab busy memanjang..! ehehehe.. kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang  terbaik.

Saya mengandungkan anak pertama saya selepas 4bulan kami bernikah. Tapi syukur sebab saya dikurniakan sahabat2 yang sungguh baik dan mengambil berat. Alhamdulillah fasa itu dilalui sangat mudah dan saya tetap berjaya menamatkan sesi pengajian tepat pada waktunya. Berbalik pada cerita penyusuan, sejak dari awal saya mengandung saya sudah memasang niat yang saya akan menyusukan anak2 saya secara exclusive. Saya utarakan niat ini pada suami tercinta, tapi agak sedih pabila niat saya tidak disahut dengan kata-kata yang positif. Oleh kerana kedegilan dan kekerasan hati saya, saya tetap bernekad walaupun saya tahu yang saya tidak dapat sokongan dari suami. Saya mula membaca dan mencari info-info dari internet dan baby center tentang isu-isu penyusuan. Dari situ saya belajar, nak cari kawan-kawan sama bertukar pendapat tentang isu ini, tiada kawan yang rapat yang dah berkahwin serta menyusukan. Pada mulanya agak sukar juga, tapi oleh kerana saya nekad saya penuhi dada semampu boleh dan saya tidak segan-segan menelefon Kak Rita untuk sama-sama mendapatkan ilmu tentang penyusuan.

Bayi pertama saya lahir pada tanggal 17 Ramadhan bersamaan dengan Nuzul Quran, Putera pertama yang menjadi penyeri hidup kami suami isteri dinamakan Amsyar Danish Haiqal bin Abdul Malik. Saat pertama saya menyusukan bayi saya hanya Allah yang tahu berapa terujanya saya dengan nikmat yang Allah kurniakan. Air mata saya mengalir tanpa henti, bukan kerana sedih, tetapi  kerana terlalu gembira bila mulut comel itu menghisap susu yang keluar dari tubuh saya. MasyaAllah.., sungguh besar kuasa Mu. 

Ibu dan ibu mertua saya juga tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya semasa saya mahu menyusukan bayi saya. Mereka kerap menyuruh saya memberikan baby saya air masak. Perasaan saya pada masa itu hanya Allah yang tahu. Saya mengalami bengkak payudara yang agak serius pada awalnya. Saya paksa suami belikan saya pum susu. Tapi masa tu dia hanya belikan saya pum susu Pureen yang harga tak sampai pun RM20.00. Saya redha, saya tetap nekad yang saya akan terus menyusukan bayi saya walau apapun rintangan. Bila melihat kepada kesungguhan dan kedegilan saya lama kelamaan suami saya mula memberikan saya sokongan dan dorongan. Dia turut sama berkongsi ilmu dan membantu dalam pengurusan EBM baby saya. 

Saya sentiasa diperli oleh ahli keluarga, kononnya saya terlampau berkira dengan anak. Sanggup menyeksa diri sendiri. Sampai ada yang perli dalam nada gurauan sadis, "Beli barang mahal-mahal boleh, tapi beli susu anak berkira", bila anak saya nangis lebih sikit, terus dorang cakap "Budak tu tak cukup susu la, kesian dia, mama Amsyar zalim kan sanggup tak bagi anak dia makan" dan macam-macam lagi kata-kata yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. 
Amsyar Danish Haiqal 2.4kg 17 Ramadhan 1428

Kebetulan anak sulung saya lahir agak kurus dengan berat hanya 2.4 kilo. Lagi laa mulut-mulut tu sedap berkata-kata. Tapi saya tetap cekal dan kuat kan semangat saya. Hinggalah pada suatu hari orang yang mengata itu bertanya. Wah tembamnya budak nie, geram laaa, dan dengan rasa tidak bersalah mereka tanya kan pada saya, budak ni minum susu "Jenama" apa. Saya cakap susu jenama "Cap Gantung" tapi mereka masih seolah-olah tidak percaya dan rasakan yang saya top up dengan formula milk. Sungguh kolot pemikiran mereka.  

Aisy Fayyadh Aqeel 3.38kg 7 Zulkaedah 1430

Bila anak kedua lahir, suami saya belikan pum yang agak baik dan mahal sedikit. Mereka masih bersuara dan mengatakan, "Hushh mahalnya harga Pum ni, membazir je" Dalam hati saya, tak tefikir ke mereka, bukankan nilai susu formula dipasaran hari ini jauh lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan harga pum saya yang boleh tahan sehingga 3-4 thn. 
Adam Khalish Uqail 3.49  1 Rejab 1432

Sekarang bila melihat pada perkembagan anak-anak saya, mereka terdiam. Dan secara tidak langsung mereka akan berkata, Yelah, dorang hisap susu badan, sebab tu akal dia lain sikit. Bagi saya biarlah apa orang sekeliling kita kata, kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak itu perlu laksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah serahkan kepada kita untuk anak-anak kita. Kita yang berhak untuk mencorak kan diri mereka. Bukan orang lain, bukan ibu atau ibu mertua kita, Bukan adik beradik atau adik beradik suami kita. Tapi kita sebagai Ibu dan Bapa kepada anak kita yang perlu memikul tanggungjawab dalam mencorak kan masa depan mereka. Corak yang mahu kita lakarkan itu bermula dari perancangan awal sejak mereka dari dalam perut. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, kita juga perlu berkorban untuk "bagi" yang terbaik.

Maaf jika saya kata kan, dasawarsa ini, ibu-ibu yang bekerjaya lebih banyak menyusukan bayi mereka jika dibandingkan dengan ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Alangkah sedihnya rasa bila melihat bayi-bayi itu tidak dapat nikmat sebenar dari tubuh ibu-ibu mereka.

Oleh kerana itu saya terpanggil untuk sama berkongsi pengalaman juga tips-tips tentang penyusuan agar ibu-ibu diluar sana dapat menyusukan bayi mereka sepenuhnya. Percayalah wahai ibu-ibu, tiada ibu yang tidak mampu menyusukan bayi mereka. Semuanya datang dari Allah, berdoa, mohon dan minta laa kepadanya agar niat anda semua dipermudahkan. Bagi saya ibu-ibu moden sekarang lebih bertuah berbanding saya kerana banyak tips, rakan-rakan serta mudah untuk mendapatkan info-info mengenai penyusuan berbanding saya pada peringkat awal dahulu. Oleh itu jangan lah disia-siakan peluang yang ada ini. Rebutla peluang yang tak mungkin anda dapat raih kembali jika anda lepaskannya begitu sahaja. 

InsyaAllah saya akan sedia membantu ibu-ibu yang benar-benar serius dalam penyusuan. Jangan malu jangan segan untuk terus berhubung dengan saya di talian 012-7894742. "InsyaAllah setiap ibu mampu menyusukan bayi mereka dengan susu mereka". Bersama-sama kita mencari keredhaan Nya..  Sekian Wassalam..

Salam Sayang dari
Mummy Zura



Post a Comment

  1. Bestye baca artikel ni..sy jumpe kat kumpulan ibu menyusu..rasa sgt terharu dan kagum dgn semangat akak..even ms awal2 xde sokongan dr suami n kedua2 ibu..sy rasa sy xsekuat itu kalau salah seorang xsokong..alhamdulillahnsuami n mak sgt sokong bf ni..mmg mak syg pon bf sume anak die..sampai dulu ade y percaya mak bg susu badan je..alhamdulillah anak die sume berjaya..

    Sy pon dari ukm..fakulti sblh dgn fakulti akak..ftsm huhu akak grad tahun bile?sy nk tao jadual akak mkn shaklee bole?sbb sy pon ambik shaklee..tp main taram je mkn sekaligus..saket kepala jadinye

    ReplyDelete
  2. Wahh..bestnyee...akk de mkn apa2 ubat tuk tambah susu eh??

    sy sekrg memang takde moral support langusng dr umi sy, sokmo je suruh sy bg susu fm..tp sy pekakkan telinga, mujur suami support, tp tuk permulaan sy pakai yg murah je, tak keash laa, kdg pam tu boleh tuk sekali minum je...sedih tp tetap cuba....

    :)

    ReplyDelete
  3. oneyani: alhamdulillah.. so teruskan menyusu baby awak ye.., peluang yang ada jgn disiakan..!

    Farha: akak ade add awak dalam fb.., nnt aprove kita share sama2 k tipsnya ;)

    ReplyDelete
  4. sronoknye bc post ni...cekal sungguh akak ye..dr cite akak xsangka plak, ade org yg bfikiran kolot camtu..hihi

    sy msh dlm pntg skrg ni..18hb dec ni my son genap la sebulan, syukur alhamdulillah klau tntg bf mmg sy dpt fully support dr family, especially husband n sister, my sis la y beria2 suh sy fully bf sbb dy sndiri bf secara xclusive 4 her 1st bb smpai la skrg da sethn lbh bdk tu..w/pun dy sendiri bekerja.im so impress! sy pn nak cmtu!

    sbnrnye mmg dr awal pregnancy lg sy dh pasang niat utk fully bf my bb..skrg ni bila sendiri dpt rs pengalamn bf bb sndiri.hmmm syahdunye! syg tul klau nk bg fm.rugi!

    bile nk dekat msk kj ni..wisau pulak.mcm2 sy pk.kt ofis xde frezer or even tmpt y sesuai utk pump.sbb ofis tu xde privacy space lgsg..sume glass je.klau ade pun..toilet la.xkn nk pam kt toilet lak(y not!tp...xpe ke hmm?)

    skrg sy tgh search cooler bag y sesuai...brand ape eh y bagus?

    pk pasal BS pulak..hopefully dpt y fhm..nk anta nursery tp xbp yakin lak..xth np.minggu2 last sblm start kj kene latih bb mnm dr botol kn?, start buat stok n monitor rutin dd of bb..fuhh ckp mcm sng tp sy hrp cukup kuat nk jdkn sume tu kenyataan.....!

    my sis guna bekas dadih tu je utk smpn stok ..ala bks y transparent tu..de jgk org wat cupcake guna bks tu..selamat ke ye?then tghr time lunch dy sempat blk utk bf anak dy..umh BS ngn ofis xjauh.leh la..tp situasi sy len...tmpt kj jauh lak.mn smpat nk blk..

    kak zura..dr cite sy y pnjg lebar tu..leh bg tips n nsht x? lg2 sy nie br2 nk mula...kita sharing2 k coz sharing is caring ;)

    ReplyDelete
  5. salam dear.. thanks sebab sudi singgahmy blog..! anyway tahniah di atas kelahiran cahayamata.. jage baby baik2 ye.. ;) Alhamdulillah sebab awak beruntung kerana semua ahli keluarga menyokong dan bantu awak dalam proses menyusukan baby.. oleh itu jgn sia2 kan peluang yang ada..

    actually pasal bekas dadih yang awak guna tu tak de maslah.. cuma seeloknya hanta utk 3 kali kegunaan.. sebab dia bekas plastik n yg pasti dia tak free BPA kan.. dear awak boleh add akak kat fb.. nnt kita boleh cit cat lg pnjang lebar.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Salam sis. terpanggil u singgah blog sis lepas tgk kat group. sungguh cekal sis breastfeed baby walaupun tak dpt sokongan. sy baru 46 hari jadi mama arini, sy planned nak breastfeed aulia selama y boleh. insyaallah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis...seronok sgt2 nana bace blog sis nie..actually alhamdulillah sampai arinie nk masuk 11 bulan anak nana still bf g..rase makin semangat lak bile bace blog sis nie..tq so much sis

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sis,

    sy pn antara salah seorang ibu yg tidak mendapat sokongan dari mak mertua n suami(berpantang dan tinggal di rumah mertua till now)..smpai la ke hari ni sy btul2 menyesal sbb bb first sy takat umo 2 bln je breastfeed...bile sy bace post sis ni hopefully 2nd bb nnti dpt beri exclusive breastfeed

    ReplyDelete
  9. salam sis..
    bagi fb sis..nak add..

    ReplyDelete
  10. dear.. facebook saya https://www.facebook.com/zura.betty

    ReplyDelete

 
Top