3
Assalamualaikum wahai ibu-ibu yang di Rahmati Allah.. hari ni saya saya nak berkongsi sedikit informasi tentang cara penyimpanan susu badan. Yelah asik dok cerita cara nak banyak kan susu.. tapi tak pulak bagi guidline tentang cara nak simpan susu tu camne. Apelah kan.. haishhh

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh kerana itu susu tersebut perlu disimpan dengan cara yang betul untuk pastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Ia sebenarnya mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lebih lama.

Bekas apa yang sesuai untuk menyimpan susu perahan;

  • Bekas Plastik (bekas dadih - biasanya saya gunakan untuk tiga kali penggunaan sahaja)
  • Botol Susu yang Free BPA
  • Bekas kaca yang bertutup kedap
  • Breast Milk Storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan susu perahan ibu.
Milk Storage, Bekas Plastik & Botol Free BPA

Tempoh hayat susu yang disimpan;
  • Di dalam suhu bilik (19 hingga 26*C), tahan sehingga 4-6 jam
  • Di dalam bekas penyejuk [Cooloer Bag] (kurang 4*C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk (kurang 4*C), tahan sehingga 7hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20*C) tahan antara 3 hingga 6 bulan


Panduan Asas Penyimpanan Susu Ibu;
  • bekas yang digunakan untuk menyimpan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun (lebih elok jika gunakan sabun cuci botol baby) dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • catatkan tarikh perahan sebelum menyimpan
  • Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk satu bekas, contohnya 2-5 oz sahaja setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kesan dari kekerapan membuka dan menutup peti sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Sedikit Info Tambahan
  1. Susu yang diperah di Pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di office dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang kerumah (walaupun destinasi yang dituju itu dekat, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah atau dibahagian atas. Tidak digalakkan bekukan susu semasa berada di pejabat kerana susu yang beku lebih sukar diuruskan (perlu pastikan susu itu kekal beku dan tidak boleh cair walaupun sedikit semasa dalam perjalanan pulang)
  2. Jika susu beku mula mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh dibekukan semula. ia perlu disimpan di bahagian bawah (bahagian penyejuk biasa) dan perlu digunakan atau dihabiskan dalam masa 24 jam dari waktu dia mula cair.
  3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke lima susu perahan tersebut masih belum digunakan maka susu tersebut boleh dipindahkan ke bahagian freezer untuk memanjang kan tempoh hayat susu tersebut.
  4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberikan susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
  5. Susu perahan yang diberikan kepada bayi dan tidak habis diminum, boleh disimpan semula dalam peti sejuk (bukan dibekukan) untuk penyusuan berikutnya (dalam angaran masa tidak lebih dua jam). Akan tetapi jika pada penyusuan kedua juga tidak habis, maka baki susu tersebut perlu dibuang.
Ok ibu-ibu.., diharap sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam kita mencari keredhaan Allah dalam menjayakan misi penyusuan bayi kita. Jika ibu-ibu sekalian mempunyai sebarang maslah boleh berhubung terus dengan saya di talian 012-7894742. Jika ingin mencuba produk Shaklee untuk melancarkan perjalanan susu anda jangan malu-malu untuk mendapatkannya dari saya. 

Salam sayang ikhlas dari 
Mommy Zura
Wakil Shaklee di Johor Bahru

Post a Comment

  1. bagusnya...terima kasih kerana berkongsi ye! suke sgt!

    ReplyDelete
  2. Salam..wah..very good info...xsabar nak kawen!!hehe..=P..will share this with others...

    ReplyDelete
  3. salam..sy copy n paste n share yea..TQ

    ReplyDelete

 
Top