0



 

Mama sedang membelek beberapa barang-barang baby di shopping 
mall itu..tiba-tiba terlintas di hati..

“ Mama dan papa alhamdulillah mampu sediakan semua 
keperluan fizikal saya.. mama boleh pilih barang-barang 
berjenama mahal atau yang biasa-biasa untuk menyambut 
orang baru ni... namun apa yang mama dah sediakan untuk
 keperluan fitrah suci saya sebagai anak…?”

Detik hati itu memberhentikan mama dari terus asyik melihat-lihat 
keperluan-keperluan untuk si comel..

“Panjang shopping list mama untuk newborn baby…., tapi apa list mama 
untuk keperluan ruhiyyah saya melalui kehidupan di dunia yang 
mencabar ini..?”

“…Mama excited dengan barang-barang baby yang comel, untuk menyambut 
kehadiran saya as baby yang comel… namun adakah jiwa insan comel ini akan 
bahagia dan tenang jika mama tidak excited menjadi ibu yang solehah..?”


“…Mama tak lenguh window 
shopping untuk saya.. apakah 
seperti itu juga kaki dan 
tubuh mama tak jemu beramal 
soleh untuk keluarga dan ummah..? 
Seperti itu jugakah kaki dan 
tubuh kuat untuk bermunajat di 
sepertiga malam…?”

“Mama.. terima kasih berusaha 
menyediakan segala keperluan 
dan kelengkapan saya.. 
Alhamdulillah bersyukur kepada 
ALLAh yang memberi kelapangan 
rezeki pada mama dan papa hingga 
boleh meraikan kehadiran saya dengan
seadanya… namun mama jangan lupa,
anak comel yang mama nantikan
 ini boleh saja menjadi ujian hebat
 pada kalian satu hari kelak…”

“..Mama yang dikasihi, ayuh dalam keterujaan membina keluarga, 
kita terus istiqamah membina iman dan taqwa dalam diri.. Ayuh 
memuhasabah hubungan kita dengan Pencipta.. Ayuh mendekatkan 
diri pada tuhan, agar kita tidak tersasar jauh dalam perjalanan ke 
kediaman sebenar kita di akhirat..”

“..Mama, dunia ini hanya persinggahan untuk saya kan…? 
Mama bimbinglah saya memanfaatkan dunia yang menjadi jambatan
 untuk saya meraih syurga.. Mama bimbinglah saya menjadi anak 
yang mampu meraih syurga dengan bakti saya pada mama dan papa..
Mama didiklah saya mematuhi ajaran ALLAH dan Rasul, agar kelak
 saya menjadi pewaris meyampaikan keindahan islam, agar kita 
menjadi khalifah yang benar-benar membantu mengharmonikan bumi ini…
 Credit


….Ohh anak…di manakah diriku di hadapan tuhan….??

Post a Comment

 
Top