0
Perlu ditegaskan bahawa vitamin bukanlah berfungsi untuk memperbanyak susu ibu. Ia merupakan satu keperluan kepada tubuh untuk mendapatkan kesihatan fizikal dan mental yang sepatutnya. Ibu-ibu moden dasawarsa ini yang turut sama menyumbang kepada ekonomi keluarga perlu lebih bertenaga dan sihat dalam menguruskan rutin hidup sebagai ibu, isteri dan pekerja. Ianya bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Banyak perkara perlu dikorbankan dan dititikberatkan. Maka di sinilah pentingnya vitamin dan perlu diingatkan vitamin ini bukan punca kepada banyak @ kurangnya susu ibu itu.

Ibu-ibu moden hari ini semakin sedar akan kepentingan untuk memberikan bayi mereka susu ibu berbanding susu formula. Oleh itu ibu-ibu perlu tahu konsep asa penyusuan iaitu 

"Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih banyaklah susu itu akan dihasilkan"

Bunyi macam pelik bukan.., tapi asas penyusuan ini bersyarat dimana si ibu perlu pastikan;
  • sentiasa kekal sihat dan menjaga pemakanannya
  • pengambilan air secukupnya bagi mengantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susu ibu
  • sentiasa tenang, emosinya stabil, BEBAS dari sebarang tekanan luaran dan dalaman {keluarga/pejabat}
  • elakkan berdiet, kerana ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori
Komposisi utama nutrien di dalam susu ibu ialah Protein, Kalsium, Vitamin serta Zat Galian lain. Oleh itu ibu-ibu perlu memastikan pengambilan kalsium, vitamin dan zat galian lain mencukupi untuk membantu penghasilan susu ibu lebih lancar dan berkhasiat.  lebih banyak perahan dilakukan maka lebih lancar penghasilan susu ibu tersebut.

Alhamdulillah saya berjaya menyusukan ketiga-tiga hero saya dengan mendisplinkan diri mengikut syarat-syarat tersebut disamping terus berdoa agar "rezeki" anak-anak saya dimurahkan.

Permata Hati Pengarang Jantung
Bagi ibu yang mempunyai maslah untuk mendapatkan nutrien yang cukup dalam asas piramid pemakanan, maka ibu-ibu boleh la cuba untuk mengambil makanan tambahan bagi memastikan misi penyusuan bayi anda berjaya. Namun harus ibu-ibu semua ingat bahawa VITAMIN TIDAK MEMBANYAKKAN SUSU ANDA

Jadi sudah pasti ibu-ibu akan berkata.., apa fungsi vitamin untuk ibu menyusu? Untuk pengetahuan semua, vitamin berfungsi untuk membantu ibu-ibu kekal sihat, bertenaga, aktif,  mendapat mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Secara langsung ia juga membantu memperkaya nutrisi yang terdapat dalam susu ibu. Bila ibu kekal sihat dan tenang (bebas tekanan) maka secara langsung ianya telah membantu melancarkan proses penghasilan susu tersebut.

"Sharing is Caring

Post a Comment

 
Top