2
Kebelakangan ini, ramai pula kawan2 yang bertanyakan tentang maslah awal mengenai penyusuan susu ibu ni. Oleh itu saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya ada dan info dari kawan kawan saya mengenai hal ini.

Menyusukan baby nie merupakan Fitrah dan kejadian semulajadi yang Allah ciptakan. Memang benar.., jika kita tidak betul-betul kuat sama ada dari segi fizikal mahupun mental, kita mungkin tidak akan berjaya dalam misi ini.

Untuk peringkat awal, saya yakin ramai yang mempunyai maslah untuk menyusukan bayi mereka, ditambah dengan mitos dan fahaman-fahaman ortodoks sesetengah dari pada ibu @ ibu mertua yang boleh mengakibatkan kita jadi down dan kurang berkeyakinan untuk menyusukan bayi kita. Saya sendiri pernah melalui fasa-fasa sukar seperti ini. Namun sikap kedegilan dan keyakinan saya yang menebal maka saya mampu untuk melalui semua rintangan ini dan Alhamdulillah saya berjaya menyusukan ketiga-tiga anak saya secara exclusive. Jika saya boleh, ibu-ibu diluar sana juga pasti boleh dan lebih hebat lagi. InsyaAllah.

Saya rasa sekarang nie ibu-ibu lagi beruntung, sebab kesedaran mengenai hebatnya susu ibu tu dah banyak dibincangkan di media, hanya bergantung pada diri kita sendiri sama ada kita mahu mendalaminya atau tidak.

Depetik dari hasil tulisan kawan saya FITH mengenai isu “apakah asas penyusuan susu ibu”?
Cara Menyusu

  • Produk yang berkualiti di hasilkan oleh mesin yang diselenggarakan dengan baik, semua pun tahu bukan? Badan kita ibarat mesin, susu itu adalah produk. Sejak sebelum hamil lagi kita dah kena jaga badan kita, jaga pemakanan kita. Tapi orang kita nie pelik, bila dah mula mengandung baru sibuk  nak amik supplement itu ini, baru sibuk nak minum susu bertin-tin dan macam-macam lagi. Jika badan kita sihat barulah susu yang terhasil tu baik mutunya. Di sini pentingnya MULTIVITAMIN dan CALCIUM yang perlu diambil secara berterusan. Kalau mesin selalu rosak, agak-agak productionnya lancer tak? Sama laa dengan badan kita, kalau selalu sakit bagaimana nak hasilkan susu dengan baik dan bermutu. Jangan tunggu susu dah merundum baru sibuk nak cari supplement or milk booster
    •  Susu sudah mula terhasil sejak kita masuk 2nd Trimester lagi, InsyaAllah lahir je baby memang dah ada susu Cuma kita perlu ransang untuk dia keluar. Dekat-dekat due tu kenelah rajin picit, mesti keluar punya walaupun sekadar setitik dua. Pada peringkat awal kesabaran dan keyakinan amatlah penting, berfikir secara positif, breast kita baru nak belajar mengeluarkan susu, janganlah expect susu akan keluar mencurah-curah. Breast bukan paip air!!  Perlahan-lahan, tak perlu dok risau yang susu kita tak cukup, baby tak kenyang, susu tak ada dll. Allah ciptakan newborn baby boleh hidup dengan minum hanya sedikit sahaja selama 3hari, dan kebiasannya badan kita akan mengambil masa dalam tiga hari untuk menghasilkan susu sampai breast engorge.
      •  Pengeluaran berkadar terus dengan permintaan  -Sebaik sahaja baby menjengah dunia, kebiasaannya dia akan menyusu dua jam sekali. Hasil penyusuan yang kerap itu nanti, otak kita akan dapat maklumat bahawa lebih susu perlu dihasilkan, automatic kilang susu kita akan bekerja lebih efektif untuk hasilkan susu bersesuaian dengan kadar keperluan.
        • Baby refuse breast nipple sebab terbiasa minum botol masa kat hospital!! Hellooo.., kalau baby refuse breast nipple after more than 2 weeks consistently on bottle feeding saya rasa logic, tapi kalau baru lahir dan baru 2-3 kali minum guna bottle but suddently the mother claims baby tak nak breast nipple, I should say something is wrong with the mother.., sorry

        Salah tanggapan terhadap breastfeeding ;
        ·        
        •       Breast kecil tak mampu hasilkan susu yang cukup – susu bukan dihasilkan oleh saiz breast, ada kilang dalam badan kita yang bekerja memproses susu. So tak de kene mengenasaiz breast dengan keupayaan menyusu anak.
        • ·         Baby boy kuat menyusu – so susu tak cukup kena top up formula milk (FM). Tak ada satu kajian pun dalam dunia perubatan setakat ini yang sahkan hal ini. Tak ada kene mengena jantina bayidengan kadar keperluan susu ok. Ni semua Mitos belaka.
        • ·         Baby yang menyusu lama tu kuat minum ­ - ramai yang sangka bila baby tu lama melekat kat breast bermakna dia kuat menyusu. Sebenarnya fakta ini salah. Ia sangat berkait rapat dengan cara baby itu latch, bagi baby yang berupaya hisap dengan berkesan, dia hanya perlukan 5minit sahaja untuk kenyang berbanding baby yang tidak berjaya hisap dengan baik akan memerlukan masa yang lebih lama. That’s why kita kene belajar cara hold baby dan cara posisi-kan nipple dan aroela ke mulutnya.
        • ·         Top up dengan formula milk ­– kalau dari awal lagi kita dah top up baby dengan formula milk, there’s no way to achive our goal of 6 months exclusive breastfeeding. Baby dan kenyang dengan Formula milk, how could you expect him to drink from your breasts? Bila breast tak dapat ransangan, otak akan dapat info yang susu perlu dikurangkan penghasilannya, kilang susu akan “slow down” productionnya, lepas tu kita gelabah tak tentu hala punca susu tiada, tak ke kurang cerdik namanya? Tanya semula diri kita, kenapa kita breastfeeding kalau at the same time kita bagi formula milk??

        Menyusu bukan pilihan, tapi hak setiap anak yang perlu dipenuhi. Sebagai ibu kita bertanggungjawab untuk menyusukan anak-anak dengan susu yang Allah anugerahkan pada mereka melalui kita.

        “Breastfeeding is not a choice, but an obligation to the choice"

        Post a Comment

        1. good info about breastfeeding..akak dh nk dapat setahun full bf anak yg ke2..

          ReplyDelete
        2. salam...
          i'm asking a help~
          like means love....
          help me out~
          PLEASE CLICK "LIKE" AC first at http://www.facebook.com/pages/Ainoura-Collections/146996722056301 , in order to vote (LIKE) Nur Farahin
          Much Appreciated
          then click here
          http://www.facebook.com/photo.php?fbid=170346963054610&set=a.169985239757449.40442.146996722056301&type=1&permPage=1
          ur vote means a lot to me~

          ReplyDelete

         
        Top