13 Makanan Ibu Boleh Ambil Untuk Tambah Susu

Makanan tambah susu?. Bila berjuang untuk menyusukan bayi ni. Soalan yang sering berlegar dalam fikiran Ibu ialah apa makanan yang boleh diambil untuk tambah susu. 
Banyak sebenarnya makanan yang ibu boleh ambil untuk bantu tambah susu. Hari ni akak nak share tentang makanan yang boleh ibu jadikan sebagai “milk booster”.

Jantung Pisang

Ada ibu yang mengamalkan makan jantung pisang untuk menambah susu. Sedap dicelur cicah dengan sambal belacan. Ramai ibu-ibu percaya yang jantung pisang dapat bantu mereka tambah susu badan.

Lobak Putih

Lobak putih juga dipercayai sangat-sangat membantu ibu menyusu dalam proses menambah susu. Ada ibu yang suka buat sup sayur, ada juga yang minum jadikan jus. Kikis lobak putih dan parut, campur dengan segelas air panas, biarkan suam dan minum dua kali sehari.

Kurma

“Kurma antara milk booster akak.”

Syoknya kurma ni boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dalam minuman dan makanan. Kurma mengandungi kalsium dan zat besi yang tinggi. Kurma ni kalau buat jus pun sedap sebenarnya. Campurkan 5 biji kurma yang dibuang kulit dan bijinya serta blend bersama susu segar. Akak campur ESP Shaklee. Sedap bak hang.

Halba Dan Jintan

Halba dan jintan antara herba yang dipercayai dapat bantu tambah susu. Halba ni banyak kelebihannya, ada yang ambil halba untuk bantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai “galactagogue” (agen pengeluaran susu) dan diamalkan oleh ibu menyusu untuk menambah susu. Kajian membuktikan halba memangkin pada pengeluaran susu ibu dan pengambilan halba dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan agak banyak.

Ulam Ulaman

Orang-orang tua percaya dengan mengamalkan memakan ulam selain membantu awet muda dapat juga meransang proses penghasilan susu. Antara ulam yang menjadi pilihan adalah seperti cekur manis, peria, ulam raja, pegaga, daun betik dan turi.

Bawang PutihBawang putih dipercayai mengandungi sulfur yang banyak. Ianya sangat bagus untuk sendi dan dapat membantu penghasilan susu ibu.

Daun Kucai

Daun kucai juga antara pengalak susu. Sangat sedap kalau digoreng bersama taugeh. Cuma ada Mommy yang alah dengan taugeh dikhuatiri angin pada badan.

Oat Dan Barli

Oat dan barli juga dapat membantu hasilkan susu badan. Oat boleh dijadikan biskut, bubur, salutan pada makanan dan sebagainya. Barli pula boleh direbus dengan gula batu dan dijadikan minuman seharian.

Soya

Air soya dan produk yang dihasilkan dari soya seperti tauhu, tempe, dan taufufa dipercayai dapat membantu memekatkan susu. Soya pilihan akak tentunya ESP dari Shaklee salah satu produk yang diyakini selamat dan non gmo. Baby yang ibunya minum ESP biasanya akan menyusu dengan lebih berselera tau.

Longan Kering Dan Kurma Cina

Ini kesukaan akak, longgan kering dan kurma cina yang direbus dengan sedikit gula memang antara milk bosster yang membantu akak dalam menjayakan misi penyusuan sebelum bertemu Shaklee dahulu. Longan kering dan kurma cina ini boleh didapati di kedai tabib-tabib cina atau sengseh. Rebus dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh minum bila-bila masa sahaja.

Sayur

Sayur-sayuran seperti sawi, kacang buncis, jagung muda, pucuk meranti, kacang panjang, petola, bayam dan bendi juga dipercayai dapat membantu menghasilkan air susu untuk ibu terus menjayakan misi menyuskan si manja. Ianya enak dijadikan sajian sewaktu makan tengahari dan makan malam.

Alfalfa

Alfalfa antara tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu meransang proses penghasilan susu. Nak tahu tak, masa akak ke Kundasang, kami melawat ke lading lembu. Di mana lembu di sana dipelihara untuk menghasilkan susu segar. Yang menariknya, lembu-lembu ni diberi alfalfa tau untuk ransang penghasilan susu. Alfalfa Shaklee antara vitamin wajib akak ambil sepanjang menyusukan Adam dan Khaulah dulu.

Air

Haa, air merupakan elemen penting dalam menjayakan misi penyusuan. Ramai ibu yang tak cakna dengan pengambilan air seharian. Ibu menyusu perlukan 2-3liter air sehari. Air putih ya, tak termasuk air teh ke kopi ya.
Banyak lagi sebenarnya makan yang boleh membantu untuk tambah susu. Antaranya kekacang, Jambu batu, madu, teh hijau jepun, kacang merah, kacang hijau sengkuang dan pelbagai lagi. Tapi Mommy semua harus ingat, makanan-makanan ini hanya sebagai “pembantu”

“Mommy harus ingat konsep asal penyusuan itu yang penting, “demand dan supply”.”

Ibu kena kerap susukan bayi atau pum. Semakin kerap Mommy kosongkan payudara, semakin banyak susu dapat dihasilkan. Mommy harus galakan baby untuk terus menyusu. Sekurang-kurangnya 10-12 kali penyusuan dalam masa 24 jam.
Secara tidak langsung ianya akan meransang hormon prolaktin dan susu dapat dihasilkan dengan baik.
012.789.4742

Susu Sikit! Macam Mana Nie?

“Susu sikit, macam manalah budak tu nak kenyang. Sebab tu menangis je” Terdengar rungutan ibu mertua pada si suami.
“Dah tau susu sikit, bagilah susu tin tu. Degil tak nak dengar cakap tau” Kata Ayah mertua pula.
Situasi begini sering tejadi pada ibu-ibu mudayang baru melahirkan bayi. Jika tidak cukup kuat pasti susu formula menjadi penyelesaian kepada masalah “susu sikit”. Hari ini, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula pada awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran. kebiasaanya selepas sahaja tamat tempoh berpantang.

Apakah Faktor yang mendorong tindakan begini?

Hal ini kebiasaanya kerana ibu rasakan susunya sikit atau tidak cukup. Terutama pada ibu yang mempunyai anak sulung atau ibu yang tidak ada pengalaman menyusukan bayi sebelum ini. Ibu rasakan yang susunya sikit apabila bayi semakin kerap menangis walaupun sudah diberikan susu ibu.
Ibu mula panik dan risau, takut bayi mereka kelaparan. Lagi lah kalau bayi itu lelaki. kerana kebanyakan ibu berpegang pada konsep “bayi lelaki kuat menyusu”

Apa Penyelesaian Ibu Pada Situasi Sebegini?

Kasihnya ibu dan sifat keibuan yang tinggi telah mendorong ibu utnuk lakukan sesuatu agar bayi berhenti menangis. Ramai dari ibu yang memilih untuk berikan susu formula dengan harapan bayi berhenti menyusu. si bayi dengan “rakus” minum dan tidur kekenyangan buat ibu cukup lega rasanya.
Ianyanya biasa akan berlaku berulang kali dan lama kelamaan si ibu “yakin” yang bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan sekaligus sebenarnya telah membuat si ibu “hilang keyakinan” untuk menyusukan bayinya.

Benarkah Susu Ibu Sikit Pada Awal Kelahiran Bayi?

Ya benar! Tapi ibu tak perlulah risau sehingga perlu berikan susu formula kerana khuatir susu untuk bayi tidak cukup.
Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri dikeluarkan akan ada peningkatan hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang proses penghasilan susu.
Sebenarnya pada hari pertama kelahiran, susu yang dihasilkan amat sedikit tapi ianya sudah cukup untuk keperluan si manja tanpa perlu ditambah dengan susu formula atau air kosong. Saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiking 20 sen hingga 50 sen sahaja.
Perut bayi pada waktu ini tidak boleh mengembang. Mereka hanya perlukan sekitar 1-2 sudu sahaja air susu untuk sekali minum.
Pernah tak lihat ada bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah selepas minum susu formula? Hal ini kerana bayi memberi signal bahawa perutnya telah pun penuh. Tapi bayi yang menyusu susu ibu. Mereka akan mula berhenti sendiri bila mereka telah kenyang.

Apakah Tanda Bayi Dapat Susu Yang Cukup?

Untuk mengatasi kerisauan si ibu, ibu boleh melihat pada beberapa perkara. Sebagai contoh ibu boleh lihat pada lampin pakai buang sama ada basah atau tidak? Kalau basah, maka di situ buktinya yang baby sudah pun minum dan susu tersebut telah pun diproses menjadi urin.
Lihat juga pada berat badan si manja, adakah berat badannya bertambah? Jika jawapannya juga ya, ibu tak perlu khuatir. Namun ibu perlu tahu, beberapa hari pertama kelahiran berat badan bayi memang akan menurun sedikit sebelum bertambah semula. Boleh dapatkan maklumat lanjut juga di sini

Pasti Ke Semua Ibu Ada Susu Selepas Kelahiran?

Ada juga situasi di mana ada ibu yang memang tak keluar langsung susu di awal kelahiran. Ada ibu yang susunya tak juga keluar walaupun bayi sudah beriya menghisap. Hal ini biasanya berlaku keranan wujudnya beberapa faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress atau sakit semasa proses kelahiran.
Ada ibu yang mengambil masa agak panjang untuk melahirkan, bersalin mengunakan alat sokongan seperti forcep dataupun ibu dan bayi “drowsy” akibat kesan ubat penahan sakit. Hal sebegini juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu sebenarnya.

Semua Wanita Boleh Menyusukan?

Buat semua wanita yang bergelar ibu. Usah khuatir sejarah telah membuktikan ada wanita yang tak pernah mengandung juga boleh menghasilkan susu. Sama ada ianya dengan bantuan ubat-ubatan ataupun tidak.
Ini membuktikan bahawa untuk menyusukan permata hati, ibu tidak semestinya perlu mengandung. Malah ada wanita yang tiada rahim pun boleh menyusukan anak. Tanpa ada ovary pun boleh susukan anak.
Menarik bukan! Apa yang penting sebenarnya ialah keinginan dan kegigihan ibu sendiri untuk benar-benar cekal dan istiqamah tanpa jemu untuk terus memerah dan meneruskan penyusuan. Jika tanpa melahirkan si ibu mampu menyusukan jadi tidak mustahil dengan ilmu dan cara yang betul, ibu juga pasti boleh menyusukan si manja.
Sebagai perkongsian, saya mengambil set kehamilan dan kelahiran shaklee ini sepanjang menyusukan bayi saya sehingga dua tahun. Whatsapp saya di talian 012.789.4742 untuk saya bantu ibu-ibu ya.
 
 

Perkembangan Fetus – Hamil 9 Minggu

Mommy hamil 9 Minggu dah. Waktu ni emosi Mommy serba tak kena. Tiba-tiba je Mommy rasa sedih, eh sekejap lagi Happy pula, ada juga yang tak pasal-pasal nak menangis. Sabar ya Mommy, itu perubahan normal pada kehamilan minggu ke 9. Ada juga emosi ni berlarutan sepanjang kehamilan. Sokongan dan Daddy amat-amat diperlukan waktu ni.

Mommy! Baby Makin Matang

Waktu ni saiz baby lebih kurang 2.3 sentimeter. Lebih kurang saiz kacang pea. Kelopak mata baby juga dah mula bercantum tau Mommy. Tapi akan mula terbuka pada minggu ke 27 nanti. Pergelangan tangan baby juga makin matang. Kaki baby dah jelas kelihatan dan jari dah mula nampak. Lengan baby juga dah agak panjang dan boleh dibengkokan ke siku.

Girl Atau Boy?

Waktu ni gender baby tak nampak lagi Mommy. Tapi kanalat kelamin baby dah mula terbentuk waktu ni. Mommy pasti tak sabar nak tahu Baby boy atau girl kan? Plasenta baby juga dah cukup matang dan mampu menyokong hampir semu atugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Mommy Dah Jumpa Doktor?

Haa mommy dah jumpa Doktor pakar sakit puan atau belum? Jika belum sebaiknya Mommy pergi sekarang tau. Mommy jangan ambil mudah tentang pemeriksaan antenatal ya. Jika Mommy berumur lebih dari 35 tahun atu mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu., Mommy boleh berfikir untuk lakukan ujian sampel vilus korion (CVS).
Biasanya ujian ini dijalankan pada minggu ke 10 dan ke 12 kehamilan. Ianya bertujuan untuk menyaring kecacatan atau apa-apa abnormal semasa kelahiran

Hamil 8 Minggu
Hamil 10 Minggu

Perkembangan Fetus – Hamil 8 Minggu

Hamil 8 Minggu, wah sekejap je rasa dah 8 minggu hamil. Mommy tahu tak Waktu ni Baby dan berubah status. Dari Embrio kepada fetus. Comel sangat “zuriat” Mommy masa ni tau. Banyak perubahan pada baby pada minggu ni, saiz baby lebih kurang 1.6 sentimeter.

Mommy Makin Seksi

Waktu ni organ, otot dan saraf baby mula dah berfungsi. Tangan baby pun dah mula boleh dibengkokan. Keloipak mata baby pula dah mula boleh ditutup. Tapi waktu ni badan Mommy mula berubah. Mommy jangan sedih tau. Sebenarnya Mommy kelihatan jauh lebih jelita dan seksi. 

Tukar Saiz Pakaian Dalam

Waktu ni, sepatutnya Mommy perlu menukar saiz coli. Payudara Mommy mula membesar. Saiz pinggang Mommy juga mula bertambah. Mommy simpan sementara ya seluar jean Mommy. Untuk Mommy dan baby rasa lebih selesa.
Mommy perlu ambil kalsium yang cukup bagi mengintegrasi kalsium dan fosfurus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang baby yang sedang pesat berkembang ni. 
Pengambilan Ostemetrix sangat membantu tau Mommy. Ostemetrix ni selain beklkan KAsiul, magnesium dan Vitamin D yang cukup untuk Mommy dan Baby. Ia juga membantu untuk elakkan Mommy tersedar diwaktu malam akibat simpul biawak.
Paling best, Ostemetrix ni buat Mommy lawas dan mudah membuang bila bangun pagi. Bantu juga kawal berat badan masa mengandung tau, slim je. Disamping itu ia meberi tenaga tambahan pada Mommy. 

Perkembangan Fetus – Hamil 7 Minggu

Hamil 7 minggu dah Mommy. Waktu ini Mommy dah mula rasa tak selesa. Waktu hamil tujuh minggu juga buat Mommy rasa kerap mahu buang air kecil. Mommy kena pastikan Mommy minum air yang cukup ya pada kehamilan 7 minggu ini.

Melompat Dan Memecut Aktif

Mommy, saiz embrio pada waktu ini lebih kurang saiz sebiji kacang kuda yang sedang bebas melompat dan memecut. Waktu ni hati baby terus keluarkan sel darah merah yang banyak sementara tunggu sumsum ambil peranan.
baby mula membesar dengan pantas tau Mommy waktu ni. waktu ni gigi dan lelangit baby mula membentuk, telinga baby juga mula berkembang. Tapi masa ni kulit baby nipis sangat. Boleh nampak saluran darah tu.

Badan Sakit-sakit, Kerap Mahu Kencing

Waktu ni kesian kat Mommy, Mommy mesti rasa tak selesa kan. Mula sakit-sakit dan terpaksa menahan muntah. Sorry Mommy! Hormon dalam badan Mommy punca Mommy rasa mabuk. Waktu ni Mommy juga mesti rasa nak buang air kecil je kan. 
Mommy digalakan buat senaman kecil untuk kesihatan berpanjangan. Mommy juga boleh cuba ambil Peppermint – Ginger Plus dari Shaklee. Ianya sangat-sangat membantu Mommy elakan rasa mual dan kurangkan angin dalam badan.

Perkembangan Fetus – Hamil 6 Minggu

Diam tak diam Mommy dah hamil 6 minggu. Pada usia hamil 6 minggu ni agaknya bagaimana keadaan baby ya? Pada waktu ini saiz baby sebesar kacang lentil. Mommy tahu tak waktu ni saiz kepala embrio lebih besar dari saiz badannya.

Bintik Hitam Pada Embrio

Mommy pada waktu ini akan timbul bintik hitam pada kawasan di mana mata baby patut berada. Terdapat juga bukaan di telinga dan hidung baby. Bukaan ini menandakan di mana telinga dan hidung baby akan mula membentuk.
Tangan dan kaki baby kelihatan seakan dayung pada waktu ini. 

Jantung Baby Berdenyut Dua Kali Ganda Dari Jantung Mommy?

Mommy masih belum dapat mendengar denyutan jantung baby. Tapi pada waktu ini jantung baby berdenyut sekitar 150 denyutan seminit. Kalau Mommy nak tahu, pada waktu ini juga kadar denyutan jantung baby berdenyut dua kali ganda dari kadar denyutan jantung Mommy.
Pada waktu ini juga embrio mula melakukan gerakan pertama. Tapi Mommy belum dapat rasakan lagi gerakan itu. Jangan risau, sedikit masa lagi Mommy akan mula dapat rasakan gerakan baby. Biasanya seawal trimester kedua Mommy boleh dah rasakan. 

Perkembangan Fetus – Hamil 5 Minggu

Lima Minggu dah Mommy Hamil. Waktu ni perkembangan baby sangat pantas. Pada usia hamil lima minggu ni jantung embrio sebesar biji kaskas sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Pada waktu ini jantung mula terbahagi kepada ruang-ruang kecil. Tak lama lagi jantung akan mula dapatkan ritma denyutan dengan baik.

Rupa Saya Macam Berudu?

Mommy tahu tak, waktu ni rupa baby mirip berudu. Saiz embrio ni lebih kurang suku inci atau setengah sentimeter. Tumbeseran embrio waktu ini sangat-sangat pantas.

Organ Saya Dah Terbentuk?

Organ utama macam ginjal dan hati juga dah mula muncul tau. Tiub neural iaitu tiub saraf yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ni. Anggota bawah baby akan mula tumbuh. Masa ni tangan dan kaki akan mula terhasil. 
Usus baby pun sedang berkembang tau Mommy, appendiks juga mula mengambil ruang.

Wah! Wajah Baby Dah Mula Terbentuk Juga

Pada usia kehamilan lima minggu, kawasan di bawah permukaan akan mula membentuk jadi mulut baby. Lipatan kecil juga mula muncul dan menjadi leher baby dan rahang bawah baby. Mommy tahu, raut muka baby juga mula terbentuk. Lubang hidung akan mula kelihatan dan retina mata akan mula timbul. 

Mommy Jangan Lupa Acid Folic

Pada waktu ini, Mommy disarankan mengambil 400 mikrogram (mcg). Sebenarnya acid folic ni Mommy perlu ambil sebaik sahaja Mommy merancang untuk hamil hingga ke minggu dua belas kehamilan. Mommy juga digalakan ambil makanan yang kaya dengan folat.
Secara peribadi sangat-sangat menyarankan Mommy mengambil set lengkap kehamilan dari Shaklee. Selain membekalkan cukup nutrient pada Mommy dan Baby ia juga diyakini berkesan dan selamat. Bagi memastikan Mommy dan baby sihat sepanjang kehamilan
Kalau Mommy ingin dapatkan nasihat nutrisi sepanjang kehamilan secara PERCUMA boleh hubungi terus Mommy Zura di talian 012-7894742. Pasti berpuas hati.

Perkembangan Fetus – Hamil 4 Minggu

Hamil 4 Minggu dah ya Mommy? Sekejap sahaja masa berlalu kan. Hamil 4 minggu Mommy sepatutnya dah pun buat pemeriksaan ujian kehamilan tau. Bagi yang belum, cepat-cepat buat ok. Ok jom kita semak keadaan baby semasa hamil 4 minggu ini.

Saiz Baby Sebesar Biji Popi?

Masa ni sel yang terbentuk dalam perut Mommy dikenali sebagai Zigot. Besar baby masa ni lebih kurang sebesar Biji Popi. Terdapat tiga lapisan yang akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagain bawah sisi kepala ada dua lipatan tisu yang akan jadi telinga baby.

Organ Baby Mula Terbentuk Tau Mommy!

Waktu ni tiub saraf dari mana otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan tumbuh. ianya terbentuk di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga pula mula menempatkan paru-paru, usus dan permulaan sisten urinari. 
Versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat yang salurkan makanan dan oksigen pada baby juga dah mula berfungsi tau Mommy.

Ujian Kehamilan Di Rumah

Jika Mommy belum lagi buat ujian kehamilan, Mommy boleh buatnya sekarang di rumah. Jika ujian kami memberi respon positif, Mommy dah boleh mula buat temujanji dengan Doktor. Mommy jangan ambil mudah ya pemeriksaan antenatal. 
Ianya penting bagi memastikan baby dan Mommy sentiasa sihat sepanjang kehamilan. 

Perkembangan Fetus – Persenyawaan

Mommy nak tahu tak apa yang berlaku pada baby masa hamil minggu pertama dalam perut Mommy. Jom kita kaji dari minggu ke minggu kehamilan. Apalah agaknya yang berlaku pada baby ya.

Hamil, Mommy Dah Bersedia?

Mommy jika Mommy dah bersedia untuk terima kehadiran baby dalam hidup Mommy, Mommy perlu pastikan fasa ni Mommy jangan sesekali ambil minuman keras, jangan merokok, atau ambil sebarang ubat kat luar tu tanpa nasihat Doktor ya. Ambil Vitamin Shaklee tak apa. 
Mommy perlu pastikan badan Mommy berada dalam keadaan paling sihat untuk pastikan baby dapat dihasilkan.

Mommy Tahu Tak?

Doktor akan kira tarikh baby dijangka kan lahir dengan mengambil kira bila hari pertama haid terakhir Mommy. Tarikh ni digunakan sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan mendatang. Maksudnya minggu pertama Mommy hamil adalah minggu haid terakhir Mommy bermula.

Minggu Kedua Baby Dalam Perut Mommy

Masa ni adalah waktu penantian untuk menerima nyawa baru dalam rahim Mommy. Hormon estrogen meransang uterus Mommy untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat dengan darah. 
Masa ni juga, ovari mematangkan telur-telur dan memastikan badan bersedia untuk melakukan konsepsi. Janji sperma berjaya bertemu dengan telur.

Minggu Ketiga Baby Dalam Perut Mommy

Haa, masa ni beberapa perkara akan berlaku tau. Dalam hari ke 14 hingga hari ke 28. Mommy akan “mengovum”. Satu dari telur Mommy akan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Dalam masa 12 hingga 24 jam telur ni akan disenyawakan jika satu dari 350 juta sperma Papaberjaya berenang dari vagina melintasi uterus dan terus berenang menuju ke tiub falopio dan menembusi telur.
Bila berjaya disenyawakan, telur tu di pangil Zigot tau Mommy. Serta merta membran luaran akan tertutp bagi menyekat sperma lain berjaya membuat perjalanan itu. 
Ada kemungkinan Mommy tak sedar pun yang sebenarnya Mommy tengah hamil untuk beberapa minggu ni. 
Waktu ini Mommy perlu dapatkan acid folic yang cukup bagi menolong melindungi baby daripada kecacatan dalam sistem saraf seperti “Spina Bifida”. Pengambilan B-Complex Shaklee Sangat membantu Mommy tau.
Nak order Boleh Contact Mommy Zura  (012-78947420) Ya

Apakah Makanan Terbaik Semasa Hamil?

Makanan ibu semasa hamil tidak boleh diambil muda. Kerana makanan sewaktu hamil sangat-sangat penting pada tumbesaran baby. 
Mari saya kongsikan beberapa jenis makana yang terbaik buat ibu semasa hamil.

 DAGING TANPA LEMAK

Daging adalah sumber protein tinggi, carilah daging tanpa lemak. Ketika membeli daging merah, sangat susah untuk dapatkan daging yang bebas lemak. JANGAN MAKAN hot dog, ini kerana makanan seperti ini berisiko menjadi punca bakteri dan parasit dari daging seperti toxoplasma Listeria monocytogenes, atau salmonella pada bayi

TELUR

Selain lebih dari 12 vitamin dan mineral, telur mengandung banyak protein penting untuk kehamilan. Sel-sel bayi tumbuh pada tingkat yang eksponensial, dan setiap sel terbuat dari protein.
Telur juga kaya dengan kolin, yang secara keseluruhan mendorong pertumbuhan bayi dan kesihatan otak, sambil membantu mencegah kecacatan. Telur juga mengandungi lemak omega-3, penting bagi otak dan penglihatan.

IKAN SALMON

Salmon merupakan sumber omega-3 lemak. Kandungan gizi pada salmon ini bagus untuk ibu hamil, selain itu ikan ini memiliki jumlah merkury yang lebih rendah.

KACANG

Ramai yang tahu manfaat kacang pada wanita hamil. Kacang buncis mengandungi serat dan protein yang paling banyak dari semua jenis sayuran.

UBI JALAR

Ubi jalar mempunyai banyak manfaat bagi wanita hamil, ubi jalar yang berwarna oren terdiri dari karotenoid, pigmen tanaman yang ditukarkan menjadi vitamin A dalam tubuh kita.
Ubi juga merupakan sumber vitamin C, folat, dan serat. Dan seperti kacang, ubi murah dan serbaguna.


WALNUT

Tidak suka ikan atau telur, tapi masih ingin mendapatkan omega-3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi? Anda boleh mengamalkan walnut, ini kaya dengan omega-3. Boleh juga dijadikan snak harian.

SAYURAN BERWARNA HIJAU

Manfaat sayuran untuk wanita hamil sudah tidak diragukan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua. Contohnya bayam, atau sayuran berdaun hijau lain yang sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting.
Pengambilan set kehamilan Shaklee dapat membantu ibu kekal sihat sepanjang proses kehamilan. Memberi kesihatan menyeluruh pada bayi yang dikandungkan.